“Apa pun terjadi di Olimpik Paris ini, saya akan pastikan itu bukanlah Olimpik terakhir saya, 4 tahun akan datang(LA2028) saya akan jadi a better person”- Azeem Fahmi
Rambut baru, semangat baru 💪🏻 Goodluck Azeem!
@ASTROARENA
Perseorangan negara, Lee Zii Jia bersama jurulatihnya Wong Tat Meng tiba di KLIA untuk berangkat ke Paris malam ini.
Goodluck and all the best, Zii Jia! 🇲🇾💪🏻
@ASTROARENA
Team Astro Arena kini berada di salah sebuah hospital swasta di Damansara untuk melihat situasi semasa di mana Faisal Halim mendapatkan rawatan lanjut.
Bagi menghormati, dan atas permintaan ahli keluarga dan pengurusan SFC, kami tidak akan dedahkan lokasi sebenar.
@ASTROARENA
“Keadaan Faisal Halim agak menyedihkan. Bahagian kaki tiada masalah, cuma bahagian tangan kiri, rusuk dan bahu tercedera kena simbahan asid” - Datuk Hamidin Haji Amin
@ASTROARENA
Inilah dia pelajar cemerlang raih 8A SPM yang juga pemain hoki SSBJ, Azliff Syah Ahmad Azuan Syahrill!
Sementara cuti, dia kini bekerja di kilang perabot di Banting, Selangor.
@ASTROARENA
Faisal Halim dibawa oleh Datuk Hamidin membuat kejutan turun menyaksikan sesi latihan pertama skuad Harimau Malaya.
Miki sambil menitiskan air mata luah hasrat untuk kembali bersama skuad kebangsaan.
Can’t wait to see you on pitch, Miki! 💪🏻
@ASTROARENA
Lagenda bola sepak Malaysia, Khalid Ali mohon doa semua untuknya apabila disahkan menghidap kanser paru-paru.
Sama-sama kita doakan dan beri semangat buat beliau. Be strong, champ! 💪🏻
@ASTROARENA
“Malam ini kali pertama ibu saya hadir support lepas bapa saya meninggal. Dia kekuatan saya”- Farhan Adam
Kita doakan semoga perjalanan pergi dan balik buat ibu Farhan yang bakal menunaikan ibadah haji dipermudakan. 🤲🏻
@ASTROARENA
“Wife dan anak pencetus semangat saya”
Itulah reaksi Aidil Aiman Azwawi selepas menjuarai acara double Piala Dunia Sepak Takraw malam ini.
Double negara menewaskan Thailand 17-16, 15-13! 🥳🏆
@ASTROARENA
Hazwan Bakri disahkan mengalami kecederaan ACL, dan terpaksa melupakan separuh musim yang pertama 2024.
More on Nadi Weekend tonight at 7.30pm.
@ASTROARENA
PRASAD IS HERE!!! Your ever charming guy that went viral yesterday. 😎🤓
Tu dia dah share his ig apa lagi, gadis gadis sila support career dia in dodgeball dan actually he studied communication and ready to have a career 🥳🤩
@ASTROARENA
Saya personally tersentuh dengan cara mereka menyanyikan lagu Negaraku 🥹
Tak kira macam mana cara pun, yang penting semangat berjuang yang sama! 💪🏻
@ASTROARENA
Pasukan hoki negara sekarang dah berada di Top 10 dunia. So, adakah mereka layak disenarai dalam program Road To Gold pula lepas ini?
@ASTROARENA
@KBSMalaysia
@hannahyeoh
Rexy Mainaky menegaskan pasangan beregu Izzuddin/Sze Fei masih menjalani latihan dan akan sertai Terbuka Jepun dan Korea Selatan di bawah bimbingan BAM.
Perbincangan untuk keluar dari BAM dah bermula sejak Terbuka Indonesia lagi iaitu pada Jun lalu.
@ASTROARENA
“Yes we failed to achieve target but remember, badminton still contributes medal to the entire contingent on almost every Olympics”- Datuk Kenny Goh
@ASTROARENA
Selangor difahamkan bakal dapat khidmat pemain Uzbekistan untuk musim 2024/2025.
Pemain itu juga dikhabarkan kini sedang beraksi untuk skuad kebangsaan Uzbekistan dalam saingan Piala Asia.
@ASTROARENA
Jaguh perseorangan Denmark, Anders Antonsen mengidolakan legenda badminton negara, Lee Chong Wei.
Namun bagaimanapun, dia merasakan sukar bagi sesiapa pun untuk setanding itu termasuk Lee Zii Jia.
@ASTROARENA
Pemenang pingat gangsa Olimpik Paris, Aaron Chia / Soh Wooi Yik terpaksa menarik diri daripada sertai Terbuka Jepun dan Korea disebabkan kecederaan.
@ASTROARENA
Pasukan Dodgeball campuran dari Malaysia, ANAK MALAYA mara ke separuh akhir mengalahkan pasukan dari Australia.
It was a very tough match, tapi itulah semangat anak Malaysia! 🇲🇾
Stay tune untuk perlawanan separuh akhir sebentar lagi!
@ASTROARENA
“Sudah tentu dia dalam keadaan sedih, dia berjiwa kental. Yang pentingnya saya katakan pada dia, lupakan seketika bola sepak untuk pastikan dia cepat sembuh dalam tempoh beberapa bulan akan datang” - Datuk Hamidin Mohd Amin
@ASTROARENA
Niat nak ikut jejak langkah Datuk Leong Mun Yee yang dah berkahwin dan berkeluarga tapi,
@Dhabitah_Sabri
kata tunggu dulu…
Nadi Arena 7.30 malam di saluran 801
@ASTROARENA
Lambert Brothers secara rasmi hari ini kembali bersama The City Boys dengan status pinjaman daripada JDT.
Mereka juga dibenarkan untuk diturunkan dalam kesebelasan utama ketika menentang JDT.
Welcome back, Ryan & Declan Lambert! 🥳
@ASTROARENA
Kemenangan berpihak kepada Selangor dengan keputusan 3-0!!!! 🔴🟡
Coach futsal Selangor wish goodluck untuk team abang yang akan beraksi di final Piala FA esok! 😆
@ASTROARENA
“Tak training dengan mana-mana kelab tak bermakna saya duduk diam sepanjang off season”
Walaupun Brendan belum ada kelab untuk training berbanding lain, tapi dia tetap rasa layak untuk berada dalam skuad kebangsaan.
@ASTROARENA
Inilah barisan pemain skuad kebangsaan bola sepak pekak yang bakal mengharungi saingan pertama menentang pasukan USA malam ini.
Ayuh berikan tanda sokongan kepada pasukan kita 💪🏻🇲🇾
@ASTROARENA
“What happened yesterday is not acceptable!”
CEO Petronas ABM, Michelle Chai mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kekalahan pasukan wanita di Sukan Sea Kemboja ke atas Filipina semalam.
More on Nadi Arena 7.30 pm today.
@ASTROARENA
CEO Selangor FC, Dr Johan Kamal mengesahkan proses lanjutan kontrak Faisal Halim sedang dalam rundingan.
Sehingga kini, Faisal Halim masih bersama Selangor FC.
@ASTROARENA
Pemenang pingat emas angkat berat Paralimpik Tokyo 2020, Bonnie Bunyau anak Gustin diberi penghormatan untuk menyerahkan plak gimik perasmian Para Sukma ke-21 Sarawak 2024!
Atlit kebanggaan Sarawak ni! 🥳
@ASTROARENA
Presiden FAM, Datuk Hamidin turut hadir ke hospital termasuk Datuk Seri Shahril dan Datuk Kamarul Ariffin.
Bagaimanapun, belum lagi ada sebarang kenyataan diberikan dari sini.
@ASTROARENA
“Sedih kalau nak ceritakan pengorbanan saya untuk ke sini. Kereta saya rosak masa perjalanan ke tempat latihan. Ada hikmahnya,” Nur Farah Izzati pemegang pingat emas Judo-52kg AUG.
#AUGSurabaya2024
@ASTROARENA
Datuk Azizulhasni Awang terpaksa akur dengan kekalahan dalam acara pecut dan keirin lelaki bagi Kejohanan Siri YSD di Velodrom, Nilai petang tadi.
Takpa Datuk, fokus World Champ nanti 💪🏻
@ASTROARENA
@AzizulAWANG
“Kalau player injured, coach kena check betul ke tak dia injured. Macam dulu kita kalau malas kata sakit kepala tak datang training” - Tan Boon Heong
More on Nadi Arena 7.30pm today 🙌🏻
@ASTROARENA
Lari pecut;
Azeem Fahmi sekadar meraih pingat perak dengan catatan masa 10.37 saat, iaitu 18 saat dibelakang juara remaja dunia 2018 yang juga tuan rumah, Lalu Muhammad Zohri.
#AUGSurabaya2024
@ASTROARENA
Ketua Jurulatih Selangor, Nidzam Jamil bakal mempertaruh sama ada Mukhairi Ajmal atau Reziq Bani Hani untuk menggantikan tempat Faisal Halim dalam perlawanan bertemu Kedah Darul Aman Sabtu ini.
More on Nadi Bola 4pm hari ini.
@ASTROARENA
Kuartet 4x400 Meter dari Perak lebur rekod kejohanan SAECA SSBJ Innotex dengan catatan masa 4m 17s.
Laju-laju orang Perak ni berlari, yob! 🙌🏻
@ASTROARENA
Susulan insiden mengasari pengadil ketika perlawanan suku akhir Piala Malaysia diantara Selangor dan Terengganu, Yazan Al-arab bakal berdepan hukuman berat FAM?
@ASTROARENA
CEO KL City, Stanley Bernard membuat permohonan maaf terbuka kepada semua pemain dan jurulatih kerana tak mampu membayar gaji pada tarikh yang dijanjikan.
YB Khalid Samad juga menafikan tuduhan tunggakan gaji selama 4 bulan.
More on Nadi Arena 7.30 malam ini.
@ASTROARENA
Pemain import baru Sri Pahang, Kuvondik Ruziev bakal diturunkan dalam kesebelasan utama manakala Rafael Silva dimasukkan pada babak kedua perlawanan.
@ASTROARENA
Import baru KL City, Adrijan Rudovic dilayangkan kad merah VAR selepas melakukan kekerasan ke atas Jordan Mintah dalam perlawanan menentang Kuching City malam ini.
@ASTROARENA
PALESTIN SAH MENARIK DIRI DARI SERTAI MERDEKA TOURNAMENT
Walaubagaimanapun, perlawanan pada 13/10 diantara Malaysia vs India tetap dijalankan, dan Tajikistan diberi ‘bye’ terus ke final.
#MerdekaTournament2023
@ASTROARENA
UPDATE:
Pingat emas milik pasukan dodgeball kategori wanita gabungan Malaysia, Singapore & Indonesia….pasukan ELITE!!!
Congratulations, girlssss! 💪🏻🥳
@ASTROARENA
Khiew Hoe Yean lebur rekod kebangsaan dalam acara bebas 800 Meter di World Championships Fukuoka, Japan pagi tadi!
Congratulations, Steve! 💪🏻
@ASTROARENA
Jurulatih berbasikal trek negara, John Beasley ditawarkan jawatan baru sebagai Pengarah Teknikal Skuad Negara.
John rancang nak mula memegang jawatan itu selepas Sukan Olimpik Paris.
@ASTROARENA
Futsal;
Skuad Futsal mara ke final selepas tewaskan juara bertahan, Thailand menerusi sepakan penalti 4(5)-4(4).
Fuhh berdebar tapi apa pun, misi balas dendam terlunas 🥳
Congratulations, bois! 🇲🇾💪🏻
#AUGSurabaya2024
@ASTROARENA
Susulan pingat gangsa yang diraih menerusi Sharul Aimy di Sukan Asia, coach Ng Shu Wai ingin lihat dia kekal konsisten demi mencapai tahap terbaik dalam kariernya.
Coach kata akhirnya 17 tahun ada juga yang boleh break his record. “The rise of men in gymnastics” 🔥
@ASTROARENA
Sedang berlangsung Sambutan Hari Wanita Peringkat KBS di Pusat Dagangan NZX, Lembah Subang.
YB
@hannahyeoh
& YB
@AdamAdli
pun hadir!
Syabas KBS!
@ASTROARENA
“Selesaikan isu tunggakan gaji adalah tugasan pertama saya”
Syed Yazid Syed Omar dipilih sebagai Presiden KLFA selepas meraih sebanyak 15 undian mengetepikan Datuk Abdullah Sani yang mempunyai 12 undian.
@ASTROARENA
Olahraga 400m;
Juga 🥇 buat Shereen Samson Vallabouy dengan catatan masa 53.71 saat.
Mendahului 1.38 saat dihadapan pencabar dari Thailand, Benny Nontanam.
#AUGSurabaya2024
@ASTROARENA
“Atlit bukan robot nak sertai back-to-back tournament, kalau nak player yang berkualiti perlu ada tournament yang berkualiti bukan kuantiti” - Datuk
@LeeChongWei
@ASTROARENA
Kerajaan mencadangkan pelepasan cukai khusus untuk pembelian peralatan dan aktiviti sukan terhad sehingga RM1000.
Yuran mengikuti latihan sukan seperti larian marathon, yuran keahlian gimnasium etc layak untuk dituntut.
@ASTROARENA
Permulaan baik untuk Muhammad Ridzuan Puzi dalam saringan pertama selepas berjaya menduduki tempat ketiga dengan catatan masa 12.37s sekali gus layak ke final esok pagi! 💪🏻
@ASTROARENA
Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyaksikan perlawanan separuh akhir diantara Selangor dan Pulau Pinang.
Setakat ni Selangor leading 1-0 ✨
@ASTROARENA
Malaysia bakal bertemu pasukan India manakala Palestin bertemu Lebanon untuk Merdeka Tournament Oktober nanti di Stadium Bukit Jalil.
#PestabolaMerdeka2023
@ASTROARENA
“Ketiadaan Azam Azmi tidak mengganggu rencana pasukan”
Juan Torres juga berkongsi selain Azam, V. Ruventhiran, Rahadiazli & Richard Chin juga tidak bersama sertai pasukan ke Qatar.
@ASTROARENA
Presiden MsDeaf, Dr Ong Shin Ruenn pesan pada semua untuk datang support pasukan kebangsaan orang pekak bagi saingan Piala Dunia yang bakal berlangsung tak lama lagi! 🔥🔥🔥
@ASTROARENA
Olahraga 400m;
🥇 untuk Umar Osman dengan catatan 47.22 saat. Mendahului 0.98 saat dihadapan tuan rumah.
Good preparation untuk Umar yang akan sertai Sukma di Sarawak nanti.
#AUGSurabaya2024
@ASTROARENA
Selangor FC selesai menandatangani perjanjian persefahaman bersama syarikat teknologi, Citadel! 🥳
Ada plan gempak untuk penyokong yang datang stadium nanti boleh order makan, terus dihantar ke tempat duduk.
@ASTROARENA
Dua potential investors untuk KL City dari Indonesia dan lokal sudah mula membuat rundingan.
Mantan presiden, Khalid Samad mendedahkan usaha untuk membayar tunggakan gaji pemain sedang berjalan dan expect untuk keadaan lebih stabil pada pertengahan Oktober.
@ASTROARENA
Bekas pemain sayap Kelantan United, S. Sharvin dikhabarkan bakal berhijrah ke KL City FC untuk musim 24/25.
Jika benar, bermakna dia akan menggantikan T. Saravanan yang juga dikaitkan dengan pasukan Sri Pahang FC.
@ASTROARENA
Sah! Kamal Azizi terpaksa direhatkan selama sekurang-kurangnya 4-5 minggu susulan kecederaan retak di pergelangan tangan ketika perlawanan menentang Kuching City malam tadi.
Get well soon, Ayoh!
@ASTROARENA
Keputusan tidak rasmi: 🥇 pertama Malaysia menerusi Nur Farah Izzati untuk sukan Judo kategori -52kg 🇲🇾 selepas Indonesia disqualified kerana melanggar peraturan.
Tahniah, Izzati! 💪🏻🇲🇾
#AUGSurabaya2024
@ASTROARENA