Tuhan itu menyembunyikan Lailatul Qadar supaya kita mencarinya.
Maka carilah malam al-qadar pada 10 malam terakhir pada malam ganjil. (HR Ahmad)
Dan mintalah segala-galanya kepada Tuhan walaupun sekecil perkara. Kerana meminta kepada-Nya, tidak akan pernah mengecewakan kita.
Tuhan benarkan hamba-Nya memilih.
Dan Tuhan juga sudah mengetahui tentang pilihan hamba-Nya.
Maka, mintalah kepada Tuhan agar yang dipilih itu adalah pilihan yang terbaik.
...
Dan Tuhan Akan Tetap Menjaga Kita >
#tentangkita
#Tuhanmenjaga
Adakah semua orang mempunyai anxiety?
Sebenarnya semua orang mempunyai perasaan cemas dan gugup terhadap sesuatu situasi.
Tetapi bagi mereka yang ada "anxiety disorder", mereka cenderung untuk mempunyai hal-hal ini secara keterlaluan.
Tentang berdoa itu urusan kita.
Tetapi yang memakbulkan doa kita itu, urusan Tuhan.
Kerana Dia Maha Mengetahui bila dan bagaimana doa itu disesuaikan dengan kita.
Dan akhirnya ia bukan tentang apa yang kita mahu, tetapi apa yang kita perlu.
#tentangkita
Mungkin kita tidak perasan (mungkin juga perasan)
Punca anxiety itu adalah kerana kita terlalu mahu mengawal semuanya. Hal di dalam, dan juga di luar kawalan kita.
Sebenarnya, kita tak akan mampu untuk mengawalnya. Kita cuma berfikir yang kita mampu mengawalnya.
Bersabarlah.
Itu Tuhan yang minta di saat kita berdoa memohonkan sesuatu.
Allah akan beri, tetapi Dia juga yg Maha Mengetahui bilakah masa yang sesuai untuk kita.
Boleh jadi, sesuatu itu memang sudah ditakdirkan untuk kita.
Cuma masa yg akan menentukannya.
#tentangkita
Tuhan itu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.
Semuanya Dia tahu.
Termasuk hal-hal yang sekadar menjadi lintasan di hati kita dan tak pernah keluar untuk dibicarakan.
Tiada satu pun yang terlepas daripada pengetahuan-Nya.
#tentangkita
#Tuhanmenjaga
Mungkin ada dalam hati kami terlalu banyak ruang-ruang kosong.
Yang sepatutnya diisi cinta yang Maha Kuasa.
Tetapi kami membiarkannya diisi oleh syair-syair dunia.
Semoga di penghujung Ramadan, kita akan bertemu dengan hal-hal yang hilang dari jiwa kita
#tentangkita
Dan mungkin, kita sendiri sudah terlupa dengan doa yang pernah dilangitkan.
Tetapi, Tuhan tidak lupa.
Bahkan, Dia lebih tahu tentang bila doa kita itu perlu dimakbulkan. Bukan ketika kita rasa mahu, tetapi ketika kita rasa perlu.
#tentangkita
Bahagia itu milik semua.
Milik dewasa yang sedang berjuang untuk hidupnya.
Milik kanak-kanak yang masih sedang bermain dan belum mengenal dunia
Milik remaja yang sedang keliru tentang dewasa
Milik si bisu yang ingin berbicara
Milik si buta yang ingin melihat cahaya
Terlalu sering overthinking sehingga terlupa yang berehat itu cuma jasad, bukan fikiran
Ada 6 jenis overthinking yang selalu dialami
Kalian yang mana satu?
Tentang maaf-maaf yang tidak perlu.
Dalam hari-hari, ada segelintir daripada kita lebih senang meminta maaf.
Maaf sini, maaf sana dan meminta maaf untuk segalanya.
Kerana kita tidak mahu ia menyakitkan dan berlarutan.
Berhenti membandingkan kehidupan kamu dengan mereka.
Kerana setiap dari kita sedang berada di atas garis perjalanan masing-masing. Dan kita akan dipertemukan dengan titik takdir yang berbeza.
Kita terluka, tetapi kita tidak pernah benar-benar sembuh.
Apa yang boleh kita lakukan ketika emosi kita tercedera?
Tentang Kita akan kongsikan sedikit solusinya.
Memang ada antara kita yang menjadi dewasa dengan memilih untuk bersendiri.
Tidak punya ramai teman, tidak keluar berhiburan.
Balik kerja, terus masuk bilik dan berkurung. Nanti pagi esoknya kembali keluar bekerja.
Setiap dari kita pasti punya hal yang terbaik.
Cuma mungkin masih belum ditemukan.
Teruskan mencarinya. Ia pasti ada. Sedang menunggu untuk dibanggakan.
#tentangkita
Sempat ke kita kepada Ramadan?
Itu persoalan yang bermain di minda jam 2 pagi semalam.
Andai takdir Tuhan tidak mengizinkan kita bertemu Ramadan tahun ini, bagaimana?
Apakah aku hamba yang tidak layak untuk bertemu Ramadan-Nya?
Itu yang dipesankan oleh Imam Al-Ghazali. Kita bukan lepas tangan. Kita bukan tidak berusaha. Kita bukan letak semuanya pada nasib.
Tapi kita tahu kita manusia tiada kuasa.
Jadi, kita bekerja dan berusaha dan di pengakhirannya, kita serahkan kepada Tuhan dalam makna tawakal.
Kita tak akan mampu menang semuanya ketika menjadi dewasa.
Ada hal yang benar-benar layak untuk dimenangkan, ada hal yang kita harus belajar untuk melepaskan.
#tentangkita
Live pelancaran
#tentangdewasa
pada 6 Mei, jam 9 malam di semua platform media sosial
@iamhafizulfaiz
Tenanglah.
Dan serahkan segalanya kepada Tuhan. Sesungguhnya hanya Dia yang tahu, mana satu yang lebih indah.
Kita?
Kita pula perlu bertenang dan percaya kepada-Nya.
#tentangkita
#Tuhanmenjaga
Selalu kita ingat, mereka yang kuat adalah mereka yang tidak pernah menangis
tetapi baru hari ini aku sedar
Manusia yang kuat adalah manusia yang bangkit selepas menangis
Menangis bukan kelemahan.
Tetapi menangis adalah cara terindah untuk menyembuhkan luka
Insya-Allah, sepanjang Ramadan ini TK akan share catatan refleksi daripada 30 juzuk al-Quran.
Kami namakan sebagai "pesan-pesan tumbuh Ramadan."
Pada hari ini, kita share refleksi juzuk 1 yang secara keseluruhannya menceritakan tentang menyerah.
Ya. Air mata.
Itulah yang paling mendewasakan kita.
Darinya kita mengenal erti lelah, jatuh, penat, kecewa, gembira, tersenyum, sakit dan juga sembuh.
...
Dah daftar waiting list Tentang Dewasa
Jika belum, boleh tekan link >
Terima kasih kerana memilih dewasa.
Walau di saat kamu yang paling kecewa, dan yang paling banyak mengeluarkan air mata.
Kamu tetap saja menjadi "kamu yang paling sempurna"
Menangis itu perlu.
Tetapi jangan terlalu lama terendam dalam air mata.
Kerana dunia ini terlalu sementara, untuk kita yang perlu sentiasa melihat ke hadapan.
#tentangkita
Wanita itu memang layak untuk dilindung, dikasihan dan dicintai. Tetapi, bukan untuk selamanya dimiliki.
Selamat Hari Wanita Sedunia. 8 Mac.
Hari yang disambut untuk merai, menghargai dan mengiktiraf sumbangan wanita kepada dunia.
#tentangkita
#InternationalWomensDay
Belajar dari daun yang gugur.
Dia tidak tahu bila dia akan gugur, dan di mana tempat dia akan jatuh. Dia hanya menyerahkan kepada angin yang akan membawanya.
Begitu juga kita.
Akhirnya kita hanya mampu berserah dan meletakkan segalanya pada takdir.
#tentangkita
Untuk sesetengah hal, kita akan terus bertahan
Dan berjalan
Antara hal itu ialah menemukan kebahagiaan.
Itu tugas kita. Berusaha untuk bahagia.
Untuk diri kita, untuk insan lain yang bersama dengan kita.
Kerana bahagia adalah hal yang menyatukan, bukan meruntuhkan.
Sebaik-baik doa ialah doa Hari Arafah.
Tarikh wukuf di Padang Arafah adalah pada 27 Jun (hari ini) jam 5.30 petang (waktu Malaysia)
Pada ketika waktu ini, berdoalah kepada Allah SWT tentang apa sahaja hasrat yang baik-baik.
Kerana …
Tak usah menjadi orang lain.
Kamu ialah kamu. Bukan dia atau aku.
Jangan terlalu mengikut proses orang lain. Sehingga akhirnya kamu bertanya,
“Siapakah orang di dalam cermin ini.”
#tentangkita
Bahagia itu sederhana.
Tak perlu hal yang besar atau mahal untuk bahagia.
Mungkin hal-hal yang kecil seperti ini sudah cukup untuk kita tersenyum dan lupakan derita.
Kerana bahagia bukan soal materialistik, tetapi perihal jiwa dan manusia.
Tak akan ada yang kurang, jika datangnya dari Tuhan.
Tak akan ada yang kekal, jika datangnya dari manusia.
Kerana yang melengkapkan kita itu bukan dia, tetapi PenciptaNya.
Yang turut menciptakan kita, sesempurnanya.
#tentangkita
Dewasa mengajar kita untuk melihat sesuatu dengan lebih luas.
Dan sepatah apapun kita dengan sesuatu itu, pasti ada hal indah dan baik yang berjalan di sekitarnya.
5. Rasa terasing.
Ya. Ada yang ingin menyendiri. Berkurung dalam bilik, tak mahu lihat dunia luar. Tak bercampur dengan orang.
Sampai mereka rasa tidak kisah diabaikan dan tidak dipeduli.
Jam 7 pagi, terdengar bunyi hujan turun di luar
Lalu segera membuka jendela dan menghirup udara sedalamnya.
Sehingga memenuhkan ruang nyaman di rongga dada.
Terima kasih kerana sudi singgah di awal pagi.
Aku tengok kat tangan dia penuh gelang getah. Mula-mula ingatkan dia sengaja pakai.
Rupanya ada cerita disebaliknya.
Jadi ceritanya ada seorang sahabat ini. Aku namakan dia Fahmi (bukan nama sebenar)
Sederhanakan harapan.
Itu saja yang kuminta.
Kerana aku pernah merasa sakit melalui sebuah kenyataan.
Dari situ aku belajar, kenyataan tak akan sesakit ini jika kita menyederhanakan harapan.
#tentangkita
Mendewasa ialah jalan panjang, yang disepanjang perjalanan itu — kita akan mengutip kecewa-kecewa.
Tiada jalan pintas menuju dewasa.
Melainkan jalan yang dipenuhi luka-luka.
Kerana daripada luka kecewa itu, baru kita akan mengenali bahagia.
#tentangkita
Ingat lagi, kali pertama dengar lagu
#Hasrat
Masa tu baru balik kerja, jam 7 petang dalam kereta. Dengan hujan renyai.
Suasana tu, dengan penat kerja. Rasa seperti diraikan setiap rasa penat itu.
Tahniah
@amirjaharimuzik
karya kamu bermakna
#AJL38
Puasa itu hal yang istimewa.
Kata Imam al-Ghazali;
Kerana ibadah-ibadah lain sifatnya zahir dan terlihat oleh mata kasar. Sedangkan puasa hanya diketahui oleh Allah SWT.
Maka, puasa adalah sebuah amalan dalaman yang diamalkan dengan semata-mata kesabaran dan ketahanan.
Dewasa ialah urusan yang tak akan pernah selesai.
Kita cuma mampu menangguhkannya berkali-kali.
Sehingga akhirnya kita terpaksa berdamai dengannya dan mendewasa bersamanya.
#tentangkita
#tentangdewasa
Manusia itu datang dan pergi.
Dan hal itu wajib terjadi. Cuma yang membezakannya ialah soal waktu.
Sama ada terlalu cepat, atau terlalu lambat.
Namun, sampai masa pasti seseorang itu akan juga beredar.
Yang termampu untuk kita lakukan cuma satu, iaitu sedar.
Selamat datang Juli @ Julai. Bulan ketujuh dari 12 bulan perjuangan.
Meski separuh air mata sudah ditumpahkan.
Semoga kita semua masih baik-baik saja.
#tentangkita
3. Jadi mudah marah
Benda kecil je pun dan kadang-kadang tiada kena mengena dengan kita.
Tetapi kita mudah terasa hati dan tak mampu nak kawal kemarahan.
Yang paling kuat antara kita, bukanlah yang sentiasa teguh.
Mereka yang kuat adalah mereka yang juga sama pernah merasai runtuh.
Mereka runtuh, mereka jatuh.
Mereka pernah mengalami tentang bagaimana bernafas di titik terendah.
Jangan pernah rasa diri kita ini tidak layak bertemu dengan Ramadan.
Sebaliknya, datangilah Ramadan ini dengan penuh pengharapan.
Dan betapa istimewanya Ramadan itu, Tuhan telah menjanjikan hadiah keampunan kepada yang berpuasa dengan penuh keimanan dan pengharapan.
Hidup kita telah diaturkan untuk bergerak ke hadapan.
Dan kita perlu sentiasa berjalan.
Sampai masa. Tidak sesaat lambat, tak sesaat cepat. Kita akan dipanggil pulang.
Pulang dari sebuah perjalanan.
Pulang kepada Tuhan.
#tentangkita
Memang dalam hidup, kita akan sentiasa disapa dengan sedih dan kecewa.
Dan kita tidak boleh menghindarinya, melainkan bersiap sedia untuk menerima.
Fasa-fasa yang akan mematahkan hati, meruntuhkan jiwa, meranapkan semangat.
Sehingga ada ketikanya…
Perjalanan Israk Mikraj berlaku ketika Nabi berada di titik terendah dalam hidup.
Nabi kehilangan Siti Khadijah dan Abu Talib. 2 Individu yang menjadi kekuatan. Kemudian, dakwah Nabi di Taif yang ditolak. Memang pada masa itu, Nabi lemah dari segi emosi dan mental.
Sekuntum harapan untuk mereka yang memerlukan senyuman.
Terima kasih kerana sudah berjuang sejauh ini.
Video event
#sekuntumharapan
sempena hari pencegahan bunuh diri sedunia di youtube Tentang Kita
Jemput tonton
Hidup adalah tentang pilihan. Dan di setiap pilihan, ada sebuah kemungkinan.
Tetapi hal yang pasti, di setiap kemungkinan, Tuhan sentiasa ada untuk kita.
Ketika kita terlalu mencari titik temu di setiap kemungkinan-kemungkinan, saat itu hadir takdir Tuhan sebagai ketentuan.
Belajar berdamai dengan ketidakpastian adalah tentang membebaskan diri dari beban kekhawatiran yang tak perlu.
Ia melibatkan keberanian untuk menerima bahawa hidup adalah perjalanan yang penuh dengan kemungkinan dan kejutan.
#tentangkita
#tentangdewasa
Cerita yang paling bahagia, bukanlah kisah kita yang sempurna. Tetapi bahagia itu, adalah pada setiap coretan dan perjalanan yang sederhana.
Dan ketika kita berdamai dengan hal-hal yang sederhana, di akhir 2023, kita akan jadi yang paling bahagia.
#tentangkita
#tumbuh2024
Kita terlalu banyak menghargai orang, sehingga kita terlupa bahawa kita ini juga orang. Yang perlukan validasi dan penghargaan.
Berterima kasih kepada diri sendiri, kerana kita juga berjasa kepada diri kita.
#tentangkita
Tuhan mahu kita merasa, senyaman apapun dunia, ia hanyalah bersifat sementara.
Kerana itu, Tuhan menghadiahkan luka. Itu cara Tuhan mendidik kita.
Mendidik kita menjadi dewasa.
#tentangkita
#tentangdewasa
Bercakap tentang Disember, yang akhirnya akan pergi.
Disember tak akan pernah perlahan, jadi kita yang perlu bertahan.
Kita tak akan mampu menghalang Disember daripada pergi. Kerana tugasnya sudah selesai.