30 Julai 2024 - Operasi Pembenihan Awan (OPA) di Kedah dan Perak ini bertujuan untuk meningkatkan paras air Empangan Bukit Merah, Perak dan Empangan Muda, Kedah bagi tujuan pertanian dan kegunaan air domestik. Operasi ini dijalankan selama 3 hari, bermula pada 29 - 31 Julai 2024.