EkonomiRakyatMY Profile Banner
Ekonomi Rakyat Profile
Ekonomi Rakyat

@EkonomiRakyatMY

Followers
38K
Following
0
Media
12K
Statuses
13K

Merakyatkan Pemikiran [email protected]

Kuala Lumpur
Joined January 2020
Don't wanna be here? Send us removal request.
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
2 years
Ayuh ikuti akaun TikTok Ekonomi Rakyat untuk koleksi video-video terkini di.
Tweet media one
11
5
8
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
1 year
Penganalisis ekonomi, Dr Zouhair Rosli mengkritik cadangan Tengku Zafrul yang ingin membenarkan graduan asing bekerja di M'sia kerana pelabur memerlukan 50,000 jurutera. Beliau berkata jurutera² ini boleh dicari dalam kalangan 2 juta graduan di M'sia yang kini 'underemployed'
Tweet media one
126
6K
9K
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
2 years
Hutang 1MDB Hanya Akan Habis Dibayar Pada Tahun 2037, Kerajaan Dijangka Membelanjakan RM28 Bilion Untuk Membayar Hutang 1MDB Untuk Tahun Ini & Hadapan . " Dalam erti kata lain, sekiranya wang tersebut tidak dicuri, kita tidak perlu membiayai negeri Perak selama tempoh 28 tahun."
140
7K
8K
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
4 years
Syed Saddiq Pecahkan Rahsia Kenapa Tiada Ahli Politik Berani Desak Untuk Cukaikan Golongan Kaya. " If you look at the tauke, mereka pandai, mereka akan sumbangkan dana politik kepada kerajaan dan juga pembangkang. "
158
6K
7K
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
4 years
New Zealand bakal meningkatkan gaji minimum dari $18.90 sejam kepada $20.00 ( RM58 ) sejam bermula esok . 170,000 orang pekerja dijangka bakal menerima manfaat dari kenaikkan gaji minimum ini
Tweet media one
110
6K
6K
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
4 years
Kumpulan Hacktivist, Anonymous Malaysia beri amaran kepada kerajaan Malaysia di dalam video berdurasi 2 minit 29 saat mengenai keselamatan data di Malaysia. Nyatakan pihak pembangun perisian dan kerajaan tidak mengembangkan keupayaan mereka serta tidak mengakui kesilapan lalu
Tweet media one
80
5K
5K
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
4 years
"KDNK Boleh Naik Tetapi Rakyat Makin Miskin". Kadar Pengangguran di Malaysia sekarang Terburuk dalam tempoh 30 tahun
81
5K
5K
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
4 years
New Zealand naikkan gaji minimum kepada $20 (RM57) sejam bermula April 2021. 175,000 pekerja dijangka terima manfaat dari peningkatan ini. Gaji Wajar ( living wage ) pula ditetapkan pada karar $22.10 sejam
Tweet media one
104
3K
4K
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
2 years
Firma guaman terkemuka, Rosli Dahlan Saravana (RDS) naikkan tangga gaji stafnya untuk tahun 2023 dimana Associate tahun pertama dibayar sebanyak RM8,700 sebulan. Pelatih yang mengikuti latihan dalam kamar (chambering) dibayar elaun permulaan sebanyak RM4,500 sebulan
Tweet media one
84
2K
3K
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
1 year
Bloomberg anggarkan kekayaan Sultan Johor sekitar RM27 bilion dengan sebahagian besar asetnya disumbangkan melalui tanah milik Baginda di Singapura yang dianggarkan bernilai RM19 bilion. Baginda turut punyai kepentingan di dalam beberapa syarikat tempatan seperti U-Mobile
Tweet media one
83
1K
3K
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
3 years
TERKINI!!! Bekas Pengarah Urusan Goldman Sachs Malaysia, Roger Ng didapati bersalah oleh barisan juri Mahkamah New York atas kesalahan menerima rasuah bagi membantu penyelewengan dana bon 1MDB bernilai $6.5 bilion. Ng kini berhadapan dengan hukuman penjara sehingga 30 tahun
Tweet media one
76
3K
3K
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
2 years
Ahli Ekonomi Kanan Bank Dunia, Shakira Teh menjelaskan fungsi utama Menteri Kewangan ialah meningkatkan hasil (revenue) kerajaan, bukan sekadar menjadi seperti seorang Auditor, Akauntan atau CFO di syarikat swasta. Menurutnya, hasil kerajaan (dlm % KDNK) turun sejak 10 tahun lalu
Tweet media one
39
1K
3K
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
4 years
Perbandingan gaji Menteri mengikut negara. Kalau ikut 'standard' pembayaran gaji menteri di UK, menteri di Malaysia hanya patut dibayar gaji sebanyak RM5,520 sebulan berbanding RM14,900 sebulan yang diterima sekarang.
Tweet media one
53
5K
3K
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
4 years
Situasi Ekonomi Malaysia Semakin Kritikal. Kadar Kemiskinan di Malaysia meningkat dari 5.6% pada 2019 kepada 8.4% pada 2020. 613,300 isi rumah kini berada di dalam kemiskinan melibatkan lebih kurang 2.4 juta individu
Tweet media one
44
5K
3K
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
8 months
Pertubuhan Advokasi & Kesejahteraan Pekak M'sia dedahkan pemandu OKU Grab yang dipukul oleh pengiring Kerabat Diraja Johor bertindak dibawah tekanan untuk menarik balik laporan polis kesnya. Individu ini turut diarahkan untuk menandatangani laporan polis yang telah disediakan
Tweet media one
Tweet media two
113
3K
3K
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
2 months
Kesatuan Kebangsaan Pekerja Bank dedah Paynet, syarikat yang mengutip caj MEPS RM1 di mesin ATM raih keuntungan bersih RM271 juta pada tahun 2023. Tuntut Paynet untuk memansuhkan caj RM1 bagi setiap pengeluaran di mesin ATM luar rangkaian bagi membantu golongan miskin di M'sia
Tweet media one
Tweet media two
100
2K
3K
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
4 years
Akademi Perubatan Malaysia bantah langkah kerajaan pendekkan tempoh kuarantin kepada tiga hari. Ingatkan kerajaan untuk melaksanakan langkah-langkah berdasarkan sains
Tweet media one
11
3K
3K
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
2 years
Keuntungan bersih Astro bagi suku ketiga 2022 jatuh 97% kepada RM5.80 juta, berbanding RM105.92 juta yang direkodkan tahun lepas. Kejatuhan mendadak itu berpunca daripada jumlah langganan Astro yang semakin menurun serta kerugian akibat tukaran matawang asing
Tweet media one
236
2K
2K
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
5 months
Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) dakwa Majlis Sukan Negara (MSN) banyak campur tangan dalam pengurusan kontinjen negara, selain membuli ketua kontinjen paralimpik. Presiden MPM, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata situasi 'dua kapten dalam satu kapal' itu menjadi salah
Tweet media one
Tweet media two
21
2K
2K
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
4 years
90% Pelajar Diabaikan Akibat Kaedah Pendidikan Digital
29
2K
2K
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
4 years
i-Sinar dan i-Lestari Bukan Bantuan Kerajaan . “ Ini wang masa hadapan, kenapa kita suruh orang yang miskin, orang yang tinggal wang sedikit untuk keluarkan sekarang. Patutnya kerajaan yang bagi, bukannya suruh rakyat yang dah susah untuk keluarkan wang. “
29
3K
2K
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
7 months
ExxonMobil bersetuju utk jual aset minyak dan gasnya di Malaysia kepada PETRONAS, lapor Reuters. Di bawah pelan pemindahan itu, PETRONAS mengambil alih operasi aset Exxon Mobil termasuk lapangan minyak Tapis di Terengganu. Kakitangan Exxon Mobil juga akan dipindahkan ke PETRONAS
Tweet media one
Tweet media two
25
1K
2K
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
9 months
Habib Jewels Sdn Bhd didenda RM96,250 oleh Bank Negara Malaysia (BNM) kerana gagal mematuhi undang-undang anti pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan. Denda itu dikenakan kerana Habib Jewels gagal melaporkan tujuh transaksi mencurigakan yang dilakukan oleh pelanggannya
Tweet media one
Tweet media two
26
2K
2K
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
4 years
Jurang antara kaya dan miskin di Selangor meningkat
21
2K
2K
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
4 years
Bursa Malaysia umumkan CEO Berjaya Corp, Jalil Rasheed membeli 70,000,000 saham Berjaya Corp yang dianggarkan bernilai RM20.3 juta. Beliau kini memiliki 1.399% pegangan di dalam syarikat berkenaan
Tweet media one
35
897
2K
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
2 years
Pekerja di Lembah Klang menghabiskan masa hampir 44 jam sebulan di atas jalan raya akibat 'jem', menurut kajian Fakulti Sains Gunaan UiTM Shah Alam. Seorang pekerja juga dianggarkan kerugian produktiviti bernilai RM308 sebulan akibat terperangkap dalam kesesakan jalan raya
Tweet media one
54
2K
2K
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
4 years
Syarikat perbankan terbesar negara, Maybank rekodkan keuntungan sebanyak RM2.4 bilion pada suku pertama 2021, meningkat RM342 juta berbanding tempoh yang sama tahun lalu
Tweet media one
87
2K
2K
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
4 years
" PRN Sabah adalah Super-spreader event ". Dr. Musa Nordin Kecewa Rakyat yang Dipersalahkan Akibat Kenaikkan Kes Covid-19. Credit: JOMChannel
5
3K
2K
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
4 years
Menteri Kewangan, Tengku Zafrul tidak bersetuju untuk PKP menyeluruh dilaksanakan kerana bakal memberikan kesan ekonomi yang lebih teruk kepada negara. Nyatakan tidak ada negara di dunia yang menutup sepenuhnya ekonomi dalam menghadapi gelombang kedua & ketiga Covid-19
Tweet media one
838
1K
2K
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
4 years
Pemegang saham terbesar Top Glove, Tan Sri Lim Wee Chai bakal menerima RM509 juta dividen pada 7 Julai ini setelah Top Glove mengisytiharkan dividen 18 sen sesaham. Anggaran dividen yang diterima beliau sejak Disember tahun lalu adalah sekitar RM1.7 bilion
Tweet media one
106
2K
2K
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
4 years
CEO Dewan Perniagaan Eropah di Malaysia, Sven Schneider suarakan kebimbangan mengenai Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang berdaya maju. Nyatakan bahawa mereka tidak dapat bertemu menteri untuk memberi input mengenai masalah yang dihadapi perniagaan di lapangan
Tweet media one
Tweet media two
38
2K
2K
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
1 year
Ahli ekonomi, Dr Muhammed Abdul Khalid cadang pencen wakil rakyat dimansuhkan bagi mengajar mereka tentang derita yang dihadapi rakyat. Beliau turut menempelak dasar Kerajaan yang memberikan insentif cukai terhadap golongan kaya melalui pengecualian cukai kenderaan elektrik (EV)
Tweet media one
44
1K
2K
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
4 years
Jabatan Siasatan Jenayah Polis Singapura dilaporkan mengetahui mengenai transaksi RM66 juta yang masuk ke dalam akaun bank suami bekas Gabenor Bank Negara, TS Zeti Aziz dari syarikat milik Jho Low. Laporan The Edge menyatakan Polis S'pura memaklumkan BNM pada tahun 2015 & 2016
Tweet media one
44
2K
2K
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
11 months
Mahkamah Tinggi KL memutuskan bahawa tiada peruntukan dalam akta yang memberikan kuasa kepada CTOS untuk merumuskan skor kreditnya sendiri. CTOS turut diarahkan membayar ganti rugi am sebanyak RM200,000 kepada seorang wanita kerana membuat penarafan kredit yang tidak tepat
Tweet media one
Tweet media two
52
2K
2K
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
4 years
Cara Sebilangan Universiti Swasta Beroperasi Membimbangkan. “ Anak-anak muda ditipu, dengan ciptaan naratif dimana, tak mengapa kamu ditolak untuk masuk IPTA, jangan risau kami kolej swasta akan memberikan kamu ijazah “
25
1K
2K
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
7 months
Kita Banyak Beri Subsidi Kepada Orang Kaya, Bantuan Tunai Kepada Golongan Susah Perlu Dipertingkatkan. " Katakan beli Mercedes EV berharga RM300,000-RM400,000. Senang-senang cukai yang (golongan kaya) tak perlu bayar adalah minimum RM200,000 "
47
1K
2K
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
3 years
PM New Zealand, Jacinda Ardern dikritik hebat setelah berlaku penularan komuniti di negara itu yang memaksa NZ berada di dalam sekatan pergerakan. Pelaksanaan vaksinasi di NZ antara yang terendah dalam kalangan negara maju dimana hanya 19.4% populasi telah divaksin secara penuh
Tweet media one
12
975
2K
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
4 years
Hampir Separuh Graduan Baru Ijazah Pertama memperoleh gaji kurang daripada RM2,000 sebulan menurut Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Bagi graduan baru Diploma, hampir 90% menerima gaji dibawah RM2,000 sebulan
Tweet media one
71
3K
2K
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
3 years
Anda Perlukan RM2,570 Sebulan Untuk Hidup Bermaruah di Lembah Klang.
Tweet media one
323
1K
2K
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
1 year
PM Anwar Ibrahim berkata beliau telah minta syarikat O&G terbesar dunia, Saudi Aramco utk melabur di Kemaman. Raja dan PM Arab Saudi bersetuju jadikan Malaysia pusat pelaburan terbesar Arab Saudi di Asia Tenggara ketika Yang di-Pertuan Agong berangkat tunaikan haji baru-baru ini
Tweet media one
19
695
2K
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
3 months
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim berkata menurut Perlembagaan Persekutuan Perkara 34 (3), Yang di-Pertuan Agong tidak boleh melibatkan diri dalam perusahaan komersial ketika mengulas mengenai pelaksanaan rangkaian 5G kedua negara. Beliau berkata demikian melalui hantaran
Tweet media one
Tweet media two
96
882
2K
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
3 years
Lebih 200,000 siswazah di Malaysia menganggur menurut laporan terbaru Jabatan Perangkaan Malaysia. Peratusan siswazah yang menganggur melebihi enam bulan juga meningkat dari 23.5% kepada 39.5% pada tahun 2020. Gaji penengah siswazah muda turun kepada RM1,550 sebulan
Tweet media one
14
2K
2K
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
3 years
Sarawak Consolidated Industries Berhad ( SCIB ) lantik tiga pengarah bebas termasuklah Noor Azri Azerai yang berusia 23 tahun. Beliau yang merupakan lulusan ijazah sarjana muda dari London Institute of Banking and Finance berpengalaman menjadi pelatih di Maybank Investment Bank
Tweet media one
216
1K
2K
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
4 years
Adakah anda datang dari keluarga 'middle-class'?. Jabatan Perangkaan Malaysia beri perincian mengenai had ambang B40, M40 dan T20 di Malaysia melalui Laporan Penyiasatan Isi Rumah 2019
Tweet media one
40
2K
1K
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
6 months
Tiga entiti Malaysia - KWSP, Sime Darby Property & SP Setia mungkin alami rugi kira-kira RM1 bilion setahun melalui jaminan sewa lima tahun Stesen Janakuasa Battersea di London, lapor Malaysiakini. SP Setia & Sime Darby masing-masing miliki 40% pegangan, manakala KWSP miliki 20%
Tweet media one
69
982
1K
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
8 months
Apa Punca Kemiskinan?. " Faktor ketiga yang paling utama adalah opportunities, privileges. Kalau you anak orang kaya you dapat semua peluang. Ada istilah yang dia panggil opportunity hoarding. Nak dapat scholarship, nak dapat internship, nak dapat kerja semua senang "
10
1K
1K
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
3 months
MARA telah mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat Bumiputera yang disyaki menyeleweng dana program latihan penerbangan yang sepatutnya dibayar kepada sebuah akademi penerbangan di Republik Czech. MARA turut menuntut €478,349.14 (kira-kira RM2.24 juta), ganti rugi
Tweet media one
81
719
1K
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
3 years
Melayu Malas – Apa Pandangan Prof Ungku Aziz. " Pokoknya, siapakah yang sanggup keluar menoreh getah dari waktu subuh lagi. Siapakah yang pernah ke laut bermula jam dua pagi. Siapa pula yang sedia menajak atau meneggala sawah di tengah panas terik? ".
7
831
1K
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
3 years
Bekas pengerusi Telekom Malaysia, Rosli Man skeptikal dengan model pembangunan rangkaian 5G yang digunapakai di Malaysia. Jelaskan pengguna tiada pilihan untuk menukar penyedia perkhidmatan jika berdepan masalah disebabkan rangkaian 5G ini hanya dibangunkan oleh satu pihak
19
1K
1K
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
5 years
CEO di Malaysia Dibayar Gaji 141 Kali Lebih Tinggi Berbanding Pekerja. " . bagi setiap RM1 yang dibayar kepada pekerja bawahan, CEO syarikat akan menerima RM141 ".
14
2K
1K
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
4 years
Dr. Madeline Berma Perli Ahli Ekonomi di Malaysia
12
1K
1K
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
4 years
Ekonomi Hanya Baik Untuk Orang Kaya & Pemerintah. Jualan Jet Peribadi Meningkat 2 Kali Ganda Tahun Lalu. Credit : Jom Channel
19
1K
1K
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
4 years
Suruh Graduan Jadi Usahawan Tidak Dapat Selesaikan Masalah Mereka. " orang kata, 'you takda kerja, you jadi usahawan', ia tidak semudah itu actually " - Dr Nungsari Radhi
8
1K
1K
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
4 years
" Kerajaan hanya membelanjakan RM0.07 bagi setiap RM1.00 yang diumumkan di dalam pakej PEMULIH ".
Tweet media one
13
1K
1K
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
4 years
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq bentang kad laporan perbelanjaan Parlimen Muar semalam. Nyatakan beliau telah membelanjakan sebanyak RM1.64 juta dari Disember 2020 hingga Julai 2021 dan terima pengumpulan dana RM1.438 juta daripada rakyat dan RM320,000 daripada kerajaan
Tweet media one
5
482
1K
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
1 month
Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank Malaysia (NUBE) lancar petisyen atas talian gesa pemansuhan caj RM1 yang dikenakan di mesin ATM. Turut nyatakan bahawa Bank Negara meraih RM0.36 bagi setiap RM1 yang dikutip. Tuntut komitmen Bank Negara untuk mengutamakan rakyat
Tweet media one
33
911
1K
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
1 year
Menara Ilham, sebuah bangunan komersial milik keluarga bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, dilaporkan telah dirampas SPRM, menurut Channel News Asia. Rampasan itu berlaku pada Khamis (21 Dis), susulan keengganan Tun Daim mengisytiharkan pegangan kewangannya & keluarganya
Tweet media one
53
591
1K
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
2 years
Tokoh ekonomi, Prof Jomo menyarankan Kerajaan mereformasi sistem percukaian di negara ini. Menurut beliau, cukai-cukai spt GST & SST bersifat regresif. Apa yg diperlukan ialah cukai progresif yg mengenakan cukai lebih kpd barangan mewah & mengurangkan cukai kpd barangan keperluan
Tweet media one
26
529
1K
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
3 years
Kesatuan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia & Universiti Malaya beri amaran untuk turun ke jalan raya jika harga barang tidak diturunkan. Nyatakan bantuan tunai yang disalurkan K'jaan adalah alternatif yang tidak masuk akal dan tidak akan menyelesaikan masalah rakyat
Tweet media one
74
669
1K
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
4 years
80% rakyat Malaysia memperoleh pendapatan RM4,000 dan ke bawah. 1/3 rakyat Malaysia tidak mempunyai akaun bank. Orang bujang yang tinggal di bandar besar memerlukan sekurang-kurangnya RM2,700 bagi memenuhi keperluan asas. Grafik oleh KWSP
Tweet media one
33
2K
1K
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
4 years
Pengarah Urusan Credit Suisse Malaysia, Stephen Hagger beri amaran M'sia akan membayar harga yang mahal susulan tindakan Pejabat Peguam Negara melepaskan Tengku Adnan dari dakwaan rasuah. Ini merupakan kali ketiga selepas Riza Aziz ( anak tiri Najib Razak ) & Musa Aman dilepaskan
Tweet media one
Tweet media two
13
868
1K
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
2 years
Daripada 453,761 unit rumah yg dibina antara tahun 2018-2022, jumlah unit rumah yg berharga lebih RM1 juta adalah yg paling banyak dibina di Malaysia (37.3%). Ia lebih banyak dibina berbanding dengan rumah harga bawah RM300,000 (35.8%), menurut Timbalan Menteri KPKT Akmal Nasir
Tweet media one
63
806
1K
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
2 years
Tun Daim Nasihat Orang Ramai Supaya Tidak Menjadi Pengikut Buta Ketika Melabur Saham . " Bila untung, dia jual. Mana boleh. Tak boleh. Jadi mesti ingat, saham ialah untuk simpanan, bukan kasino. Kalau nak main kasino, pergi kasino. "
23
535
1K
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
6 months
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Norza Zakaria berkata dia mempunyai kuota khas untuk membawa tetamu sendiri ke Olimpik Paris 2024. Norza dikecam selepas dikesan membawa bersama isteri dan anaknya ke temasya sukan berkenaan
Tweet media one
Tweet media two
411
637
1K
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
4 years
Syarikat penerbangan tambang murah, Malindo Airways dilaporkan mengurangkan saiz pekerja akibat pandemik Covid-19 yang memberi kesan terhadap operasi mereka. Berita melaporkan lebih 2,200 orang pekerja diberhentikan.
@zhafrizamil
zhafri zamil
4 years
Retrenchment day
Tweet media one
Tweet media two
Tweet media three
Tweet media four
5
1K
1K
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
5 years
" . Waktu bekerja untuk pekerja di Indonesia adalah 40 jam seminggu manakala di Malaysia pula 48 jam seminggu. Ini bermaksud upah sejam pekerja gaji minimum di Jakarta ialah RM8.05 manakala di Kuala Lumpur pula hanyalah RM5.77. ".
Tweet media one
10
2K
1K
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
3 years
Tokoh ekonomi, Prof Jomo KS ketika diwawancara oleh Dialektika berkata M'sia perlu kenakan lebih banyak cukai kepada golongan kaya kerana ramai warga Malaysia yang kaya-raya. Beliau turut dedahkan individu yang membeli rumah termahal di UK merupakan warga Malaysia
Tweet media one
25
593
985
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
2 years
Bekas CEO Tabung Haji, Datuk Nik Hasyudeen Dedahkan Bagaimana Kerajaan Selamatkan Tabung Haji Pada Tahun 2018 . " . Maka ada jurang antara aset dan liabiliti TH sebanyak lebih kurang RM10 bilion, maknanya tanggungan TH lebih besar daripada asetnya dalam RM10 bilion "
18
627
985
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
2 years
Pengerusi MARA baharu, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mencadangkan agar MRSM berbayar diwujudkan khusus bagi golongan berpendapatan tinggi. Beliau mengutarakan cadangan itu kerana terdapat permintaan dari ibu bapa golongan elit untuk menghantar anak mereka belajar di MRSM
Tweet media one
283
422
971
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
9 months
20% Kanak-Kanak di Malaysia Alami Masalah Bantut. " Benda apa yang dia makan?. Dalam kajian mereka makan nasi lebih, telur lebih pasal sumber protein yang murah dan makan maggi mi lebih. Kadar peratusan mereka yang memakan lebih banyak maggi mi naik hingga 46% "
31
665
952
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
4 years
Jurang terbesar gaji CEO dan pekerja di Malaysia terletak di sektor pembinaan . Gaji penengah pekerja hanya RM2,164 sebulan manakala bagi CEO, gaji penengah mereka adalah sebanyak RM438,333 sebulan berdasarkan data Suruhanjaya Sekuriti & Jabatan Perangkaan Malaysia
Tweet media one
21
2K
938
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
2 years
Senarai Kabinet Kerajaan Perpaduan . PM & Menteri Kewangan- Anwar Ibrahim.TPM & Menteri Kemajuan Desa & Wilayah - Zahid Hamidi.TPM & Menteri Perladangan dan Komoditi - Fadilah Yusof.Menteri Pengangkutan - Anthony Loke.
28
865
902
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
4 years
Menteri MOSTI, Khairy Jamaluddin nyatakan pada The Sydney Morning Herald bahawa laporan-laporan menteri persekutuan melanggar SOP telah menjejaskan kredibiliti kerajaan dalam melaksanakan kawalan pergerakan. Tegaskan kepimpinan melalui teladan adalah amat mustahak
Tweet media one
25
577
896
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
4 years
Hutang Pendidikan Bebankan Graduan. " Menurut beliau, universiti-universiti swasta telah mengaut keuntungan lumayan hasil daripada sistem pembiayaan PTPTN ini apabila menyediakan pengajian yang tidak berkualiti selain tidak mengikuti kehendak industri. ".
22
462
886
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
5 years
10 Daerah Terkaya dan Termiskin di Malaysia mengikut pendapatan penengah dan purata isi rumah untuk tahun 2019. Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia
Tweet media one
20
852
877
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
4 years
" Data yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan Pitas merupakan daerah yang paling miskin di Malaysia dengan pendapatan penengah isi rumah hanya sebanyak RM1,999 sebulan pada 2019 ".
4
987
867
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
4 months
Penyanyi terkenal Indonesia, Giring Ganesha yang merupakan bekas vokalis Nidji dilantik sebagai Timbalan Menteri Kebudayaan di dalam kabinet Presiden Prabowo. Turut tersenarai adalah legenda badminton Indonesia, Taufik Hidayat yang dilantik sebagai Timb. Menteri Belia & Sukan
Tweet media one
Tweet media two
24
543
887
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
4 years
Syed Saddiq Tuntut Kerajaan Strukturkan Semula Sistem Percukaian. “ Masa pandemik, orang yang maha kaya terus maha kaya. Mereka dapat tambahkan aset dan personal income. Realitinya bila saya ke Muar, lebih ramai orang yang hilang kerja. Yang tak hilang kerja kena potong gaji "
49
694
867
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
4 months
Cikgu di Finland Larang Ibu Bapa Ingatkan Anak-Anak Tentang Kerja Rumah. " Homework (kerja rumah) ada tapi cikgu punya strategi, cikgu hantar mesej kepada semua ibu bapa bagitahu jangan ingatkan anak buat homework "
22
416
871
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
8 months
Arab Saudi memutuskan utk tidak memperbaharui perjanjian petrodollar selama 80 tahun dgn Amerika Syarikat, yg tamat Ahad lalu. Keputusan itu membolehkan Arab Saudi bebas menjual minyak & barangan lain menerusi mata wang lain seperti RMB China, Euro & Yen, bukannya hanya dolar AS
Tweet media one
Tweet media two
12
404
858
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
1 year
Hampir 70% rakyat Malaysia yg bekerja di Singapura menerima gaji kasar di antara SGD1,500 (RM5,330) hingga SGD3,599 (RM12,780) sebulan, menurut DOSM. Selain gaji, antara faktor lain mereka bekerja di sana ialah persekitaran kerja yg baik & kadar tukaran mata wang yg lebih tinggi
Tweet media one
27
540
845
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
2 years
Data Facebook menunjukkan Perdana Menteri, Ismail Sabri membelanjakan RM259,592 untuk tujuan iklan di akaun FB beliau sejak 30 hari yang lalu. Turut tersenarai adalah akaun DAP M'sia yang membelanjakan RM81,431 diikuti Rafizi Ramli yang membelanjakan RM77,286 untuk tujuan yg sama
Tweet media one
29
681
827
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
9 months
Pandangan Orang Miskin Malas & Enggan Berubah Tidak Betul - Ahli Ekonomi. " Ini khurafat. Dulu 3/4 daripada orang Melayu miskin. Kalau mereka tidak mahu berubah, sampai sekarang ini pun 3/4 daripada mereka miskin "
11
588
811
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
2 years
Penganalisis hartanah Prof Dr Noor Rosly Hanif jelaskan punca lambakan hartanah tidak terjual di Malaysia ialah kerana ketidaksepadanan antara nilai hartanah dgn kemampuan rakyat. Rakyat mahu rumah teres pada harga mampu milik, namun kebanyakan pemaju bina kondominium/pangsapuri
Tweet media one
65
480
796
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
5 years
Jumlah Orang Menganggur di Malaysia
Tweet media one
9
1K
791
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
3 years
Pandangan Ungku Aziz mengenai dakwaan Melayu malas dan sikap boros orang Melayu
Tweet media one
Tweet media two
6
576
795
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
5 years
Seberapa Kaya Orang Kaya di Malaysia?.
12
891
783
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
4 years
Prof Diraja Ungku Aziz, meninggal dunia pada usia 98 tahun akibat sakit tua di Hospital Prince Court. Beliau merupakan pengasas Tabung Haji dan banyak berjasa dalam bidang akademik negara. Turut b'jawab memperkenalkan Sarong Index bagi mengukur kemiskinan dlm kalangan org Melayu
Tweet media one
0
447
792
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
6 months
Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong umum cuti wajib paterniti selama 4 minggu kepada bapa ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Kebangsaan S'pura. Turut sediakan sokongan kewangan kepada mereka yang kehilangan kerja sebanyak S$6,000 sehingga enam bulan
Tweet media one
21
663
781
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
2 years
Bekas PM DS Najib Razak dilapor tandatangani kontrak pembinaan infrastruktur mega, termasuk projek ECRL, bersama China pada tahun 2016 dgn harga lebih mahal. Sebagai balasan, syarikat milik China janji utk bayar hutang 1MDB melalui akaun bank di Kuwait bg sembunyi tujuan sebenar
Tweet media one
46
482
744
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
2 years
Keuntungan bersih 7 Eleven Malaysia Holdings Berhad jatuh 91% kpd RM2.65 juta bg suku keempat 2022, berbanding RM29.4 juta yg dicatatkan dlm suku yang sama tahun sebelumnya. Antara punca kejatuhan itu disebabkan kos operasi yg semakin meningkat kesan dari pelaksanaan gaji minimum
Tweet media one
301
340
744
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
3 months
Permodalan Nasional Berhad jelaskan bahawa pelaburan di dalam Fashion Valet sebanyak RM20 juta setelah dibuat setelah melalui proses penilaian terperinci untuk menyokong pelan perkembangan FV, bukannya untuk manfaat pengasas syarikat. Nyatakan bahawa Covid-19 memberi cabaran
Tweet media one
Tweet media two
127
384
743
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
2 years
Meritokrasi Menyumbang Kepada Masyarakat Individualistik dan Pentingkan Kelayakan (Credentialism). " Latar belakang saya tidak penting. Saya yang berusaha untuk mendapatkan kejayaan ini. Orang-orang yang tak berjaya itu kerana mereka tidak berusaha. Kerana mereka malas. "
12
337
723
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
3 years
Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah meninggal dunia jam 11.08 malam tadi di Hospital Cardiac Vascular Sentral, Kuala Lumpur akibat jangkitan pada injap jantung. Beliau meninggalkan seorang isteri, empat orang anak dan dua orang cucu
Tweet media one
24
730
708
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
1 year
Penduduk Lembah Klang mem­­bazirkan petrol bernilai RM6.8 bilion setahun akibat ke­se­sakan jalan raya ketika berulang-alik ke tempat kerja, lapor Utusan Malaysia. Ia berda­sar­kan anggaran purata ke­se­sa­kan lalu lintas melibatkan 2.2 juta pemilik kende­raan di Lembah Klang
Tweet media one
67
650
686
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
3 years
Bekas CEO Berjaya, Jalil Rasheed persoal mengapakah kos pelaksanaan rangkaian 5G menelan belanja sehingga RM20 bilion. Turut berpendapat pemilikan tunggal 5G oleh Digital Nasional Bhd sebagai satu pengurusan risiko yang lemah
Tweet media one
14
303
682
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
4 years
CARA TOLONG RAKYAT YANG BERADA DI DALAM KESUSAHAN TANPA MEMBENARKAN PENGELUARAN WANG SIMPANAN KWSP
Tweet media one
20
537
674
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
2 months
Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer berpandangan bahawa salah satu sebab utama mengapa rasuah berakar umbi di negara ini adalah berpunca daripada penghapusan beransur-ansur orang bukan Islam daripada hampir setiap institusi kerajaan sejak empat dekad
Tweet media one
Tweet media two
121
174
660
@EkonomiRakyatMY
Ekonomi Rakyat
2 years
Kuota Alumni (Legacy Admission) di MRSM dan SBP Patut Dikurangkan Kerana Menyumbang Kepada Perpecahan Kelas . " Yang kaya ataupun yang sudah established, akan jadi lebih kaya dan established sebab hantar anak-anak mereka di tempat-tempat seperti MRSM dan SBP "
26
409
645