AmirudinShari Profile Banner
Amirudin Shari Profile
Amirudin Shari

@AmirudinShari

Followers
126K
Following
2K
Statuses
32K

Menteri Besar Selangor • Selangor Chief Minister • MP of Gombak #KitaSelangor #YNWA

Gombak, Selangor
Joined February 2010
Don't wanna be here? Send us removal request.
@AmirudinShari
Amirudin Shari
1 year
Alhamdulillah. Terima kasih rakyat Negeri Selangor atas mandat ini. Ini adalah kemenangan rakyat. Insya-Allah Kerajaan Perpaduan akan melaksanakan segala tawaran kami dan akan membela kebajikan seluruh rakyat Negeri Selangor tidak mengira bangsa, agama mahupun fahaman politik. #KitaSelangor #Kekal5Tahun
Tweet media one
302
2K
7K
@AmirudinShari
Amirudin Shari
12 hours
Menjunjung kasih atas keberangkatan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin ke Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor Tahun 2025 di Fo Guang Shan Dong Zen Temple, Jenjarom. Di dalam sembah ucapan, patik menjunjung kasih atas titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku bahawa tiada keperluan untuk diwujudkan garis panduan kepada umat Islam menghadiri majlis perayaan orang bukan Islam, kerana di Selangor sudah lama mengamalkan adab, rukun dan hormat terhadap pegangan masing-masing. Kerukunan dan perpaduan yang dibina utuh ini adalah asas kejayaan dan kemakmuran Negeri Selangor. Pencapaian Selangor sebagai nadi utama ekonomi negara adalah hasil kita bersama masyarakat berbilang bangsa dan agama. Dengan kehadiran seramai 30,000 pengunjung semalam, tahniah saya ucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan majlis ini. Kepada masyarakat Tionghua, saya doakan agar tahun Ular Kayu ini membawa kemakmuran, kesejahteraan, dan keberkatan kepada anda dan keluarga. Selamat Tahun Baru Cina! Gong Xi Fa Cai! #KitaSelangor
Tweet media one
Tweet media two
Tweet media three
Tweet media four
0
2
4
@AmirudinShari
Amirudin Shari
13 hours
Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor Tahun 2025 di Fo Guang Shan Dong Zen Temple, Jenjarom.
0
0
4
@AmirudinShari
Amirudin Shari
24 hours
RT @mkini_bm: 2,076 individu terkait GISBH setuju sertai program pemulihan Mais
0
1
0
@AmirudinShari
Amirudin Shari
1 day
Hadir di Parlimen bagi menekuni Sesi Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT). Saya juga turut melaksanakan tanggungjawab di Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Kali ke-145. #KitaSelangor
0
2
13
@AmirudinShari
Amirudin Shari
1 day
Meluangkan masa di Program Sepetang Sempena Pembukaan Semula Muzium Sultan Alam Shah anjuran Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT). Turut bersama saya, Diana dan anak-anak yang nampaknya teruja dapat melawat ke muzium. Muzium Sultan Alam Shah ini berkonsepkan edutainment, merupakan inisiatif Kerajaan Negeri untuk memelihara warisan budaya Selangor. Melalui pendedahan awal, pembelajaran interaktif dan aktiviti kreatif, muzium ini membaja kesedaran sejarah serta memupuk rasa cinta terhadap budaya, terutama dalam kalangan generasi muda. Semoga dengan pembukaan semula Muzium Sultan Alam Shah ini dapat menarik pengunjung tempatan dan antarabangsa untuk mengenali serta menghargai sejarah dan warisan Negeri Selangor. Masih cuti sekolah, kan? Jom bawa anak-anak merasai keunikan Muzium Sultan Alam Shah! Masuk secara percuma sehingga hujung April 2025! #KitaSelangor
Tweet media one
Tweet media two
Tweet media three
Tweet media four
0
3
14
@AmirudinShari
Amirudin Shari
1 day
Program Sepetang Sempena Pembukaan Semula Muzium Sultan Alam Shah.
2
14
113
@AmirudinShari
Amirudin Shari
1 day
Saya berada di Kota Damansara bagi merasmikan Perpustakaan Awam Selangor @ AYG Kota Damansara di Blok D PPR Kota Damansara. Perpustakaan ini adalah sebuah kerjasama dengan Adab Youth Garage (AYG) mengaturkan banyak program, menghidupkan budaya masyarakat yang sihat terutamanya kepada anak-anak muda. Perpustakaan bukan lagi sekadar tempat rujukan, tetapi sebuah one-stop centre yang menyediakan peluang pembelajaran sepanjang hayat. Perpustakaan di PPR Kota Damansara ini dilengkapi dengan fasiliti yang boleh dimanfaatkan anak-anak sebagai transit sementara sebelum pergi atau selepas sesi sekolah. Juga disediakan tempat solat dan rehat yang selesa selain ruang-ruang yang boleh dimanfaatkan untuk aktiviti ilmu, pengajian dan sebagainya. Ini adalah usaha Kerajaan Negeri untuk menjadikan Selangor sebuah negeri yang maju, cemerlang, dan berilmu, dengan perpustakaan sebagai sebahagian penting dalam perjalanan ini. Tahniah saya ucapkan kepada PPAS dan AYG yang banyak membantu anak-anak muda dari kalangan B40 di kawasan PPR, termasuk menyediakan latihan kemahiran agar anak muda dapat berdikari dengan pendapatan sendiri. #KitaSelangor
Tweet media one
Tweet media two
Tweet media three
Tweet media four
1
0
5
@AmirudinShari
Amirudin Shari
1 day
Majlis Perasmian Perpustakaan Awam Selangor @AYG Kota Damansara.
0
6
29
@AmirudinShari
Amirudin Shari
1 day
Alhamdulilah, pada hari istimewa ini saya mulakan pagi saya dengan perasmian Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Sungai Tua merupakan Pusat NADI yang pertama di Selangor. Pusat NADI berperanan memperkasakan rakyat menerusi digitalisasi, bukan sahaja dalam komunikasi tetapi juga melalui aplikasi laman sesawang yang memberi manfaat kepada kehidupan generasi muda. Ini termasuk aspek pendidikan, keusahawanan, serta kemahiran insaniah (soft skills) yang boleh digilap. Menjelang akhir bulan Mac ini, jumlah keseluruhan Pusat NADI yang beroperasi dijangka meningkat kepada 84, berbanding hanya 76 pada masa ini. Insya-Allah, saya percaya Pusat NADI akan membawa manfaat serta membantu masyarakat mendapatkan maklumat mengenai Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, sekali gus berfungsi sebagai titik komunikasi bagi rakyat. #KitaSelangor #SungaiTua
Tweet media one
Tweet media two
Tweet media three
Tweet media four
0
0
1
@AmirudinShari
Amirudin Shari
1 day
Majlis Perasmian Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Sungai Tua.
0
0
8
@AmirudinShari
Amirudin Shari
1 day
Mengiringi keberangkatan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin mencemar duli menyempurnakan Majlis Penutupan Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Selangor Tahun 1446H/2025M di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Shah Alam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan peserta tilawah dan hafazan. Insya-Allah, Kerajaan Negeri akan terus menjaga martabat Al-Quran yang akan terus dibaca, ditadabbur dan diamalkan isi kandungannya. “Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya���. (Hadis Riwayat Muslim) #KitaSelangor
Tweet media one
Tweet media two
Tweet media three
Tweet media four
0
0
8
@AmirudinShari
Amirudin Shari
1 day
Majlis Penutupan Tilawah Dan Hafazan AI-Quran Peringkat Negeri Selangor 1446H / 2025M.
0
8
66
@AmirudinShari
Amirudin Shari
2 days
Lawatan YAB Perdana Menteri Dato’ Seri @anwaribrahim ke Batu Caves meninjau situasi semasa dan persiapan menjelang perayaan Thaipusam.
7
9
83
@AmirudinShari
Amirudin Shari
2 days
Lawatan kedua saya ke Batu Caves dalam tempoh satu minggu menjelang sambutan perayaan Thaipusam, kali ni mengiringi YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang datang meninjau situasi semasa dan persiapan menjelang perayaan Thaipusam. Turut hadir, Menteri Digital Gobind Singh Deo, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Dato’ Seri Ramanan Ramakrishnan pimpinan komuniti India Negeri Selangor, EXCO Kerajaan Negeri YB Papparaidu Veraman dan ADN Sentosa, YB Dr Gunaraj George serta pimpinan MIC diketuai Presiden Tan Sri S. Vigneswaran dan Timbalan Presiden Datuk Seri M. Saravanan. Kami diberi taklimat oleh Pengerusi Kuil Batu Caves, Tan Sri R Nadarajah berhubung cadangan naik taraf Dewan Kuil Batu Caves untuk kegunaan orang ramai dan cadangan untuk menjadikan kawasan sekitar kuil sebagai tarikan pelancongan. Kerajaan Negeri menyambut baik seruan Perdana Menteri yang mahukan usaha berterusan dilaksanakan bagi merancakkan sektor pelancongan di sekitar kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves memandangkan ia adalah ikon utama pelancongan di kota Kuala Lumpur dan Selangor. #KitaSelangor #MalaysiaMADANI #Gombak
Tweet media one
Tweet media two
Tweet media three
Tweet media four
1
3
13
@AmirudinShari
Amirudin Shari
2 days
Makan tengah hari bersama YAB Perdana Menteri di D'homecooked, Medan Selera Anjung, Taman Melawati.
2
17
178
@AmirudinShari
Amirudin Shari
2 days
Makan tengah hari bersama YAB PMX di D'Homecooked, Medan Selera Anjung, Taman Melawati usai solat Jumaat tadi. Alhamdulillah, kari kepala ikan pembuka selera, ada juga cekodok pisang kegemaran YAB PMX. Rasa dia surrr! 😆 Beliau turut berkesempatan beramah mesra bersama peniaga dan pengunjung yang hadir di Medan Selera ini. #KitaSelangor #MalaysiaMadani #Gombak
Tweet media one
Tweet media two
Tweet media three
Tweet media four
0
1
17
@AmirudinShari
Amirudin Shari
2 days
Solat Jumaat di Masjid Al-Mardhiyah, Hulu Kelang bersama dengan PMX, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim. @anwaribrahim
3
27
221
@AmirudinShari
Amirudin Shari
2 days
Selamat Datang ke Parlimen Gombak kepada YAB PMX. Alhamdulillah program hari ini dimulakan dengan YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa untuk menunaikan solat Jumaat bersama-sama dengan kariah dan jemaah Masjid Al-Mardhiyah, Taman Melawati. Khutbah Jumaat hari ini mengingatkan jemaah untuk meyakini bahawa wakaf adalah amalan yang membawa manfaat berpanjangan. Wakaf juga penting dalam kelangsungan kewangan Islam, memperkukuh kesejahteraan sosial, membangun infrastruktur dan pendidikan, serta menyemai semangat kepedulian dan solidariti sesama Muslim. Alhamdulillah, YAB PMX sempat beramah mesra dan bertanya khabar dengan para kariah dan jemaah usai Solat Jumaat. #KitaSelangor #MalaysiaMADANI #Gombak
Tweet media one
Tweet media two
Tweet media three
Tweet media four
1
9
52
@AmirudinShari
Amirudin Shari
2 days
Insentif Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) Selangor diberi kepada anak-anak Selangor yang melanjutkan pendidikan ke IPTA dan IPTS diiktiraf bagi Sijil Kemahiran Tahap 4, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Tahun ini, dana disediakan sebanyak RM3 juta. Tahun lepas, seramai 3,000 anak negeri telah diberi insentif yang sangat membantu mereka bersedia dengan lebih baik menempuhi alam universiti. #KitaSelangor Permohonan akan dibuka Mac 2025. Maklumat lanjut:
Tweet media one
0
3
15