mykesuma Profile Banner
Kem. Sumber Manusia Profile
Kem. Sumber Manusia

@mykesuma

Followers
58K
Following
2K
Statuses
16K

Kementerian Sumber Manusia / Ministry of Human Resources Malaysia

Putrajaya
Joined November 2009
Don't wanna be here? Send us removal request.
@mykesuma
Kem. Sumber Manusia
23 minutes
✨ Selamat Menyambut Hari Thaipusamm ✨ Kami di Kementerian Sumber Manusia ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Thaipusam kepada semua penganut Hindu yang meraikannya. Semoga perayaan ini membawa kebahagiaan, kesejahteraan, dan keharmonian buat kita semua. Ikhlas daripada, Pengurusan Tertinggi dan warga KESUMA #KementerianSumberManusia #KESUMA #Thaipusam2025 #KESUMAMADANI #MalaysiaMADANI #Hormat
Tweet media one
0
0
0
@mykesuma
Kem. Sumber Manusia
20 hours
KESUMA & HRD CORP MERIAHKAN RUMAH TERBUKA TAHUN BAHARU CINA 2025 SJK(C) Sin Ming, Puchong | Ahad, 9 Februari 2025   Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) bersama Human Resource Development Corporation (HRD Corp) telah menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2025 di Dewan Serbaguna Lembaga Pengelola SJK(C) Sin Ming, Puchong.  Majlis yang berlangsung dengan penuh semangat perpaduan ini dihadiri oleh YB Steven Sim Chee Keong, Menteri Sumber Manusia, bersama tetamu jemputan dan masyarakat setempat. Sambutan dimulakan dengan persembahan tarian singa yang melambangkan tuah dan kesejahteraan.  Dalam ucapannya, YB Steven Sim menegaskan kepentingan keterangkuman dan kebersamaan dalam membangun negara, selaras dengan prinsip Malaysia Madani. Beliau turut berinteraksi dengan pengunjung dalam sesi ramah mesra, mencerminkan nilai hormat dan kesejahteraan sosial.  Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Negeri Selangor, ikrar Rukun Negara, serta upacara ‘Lou Sang’, simbolik kepada harapan baru dan rezeki yang melimpah. Para tetamu turut menikmati jamuan makan yang menampilkan pelbagai hidangan tradisional, menggambarkan kekayaan budaya Malaysia.  Skuad HRD Corp Care turut menyalurkan sumbangan kepada 20 rumah kebajikan, persatuan dan rumah ibadat, termasuk Pertubuhan Pembangunan Insan dan Kemasyarakatan Anak Selangor, Persatuan Perayaan Poh Toh SS2, Persatuan Tindakan Sosial Selangor, Surau Ukasyah Bandar Kinrara dan lain-lain. Rumah terbuka ini bukan sekadar perayaan, tetapi juga manifestasi keharmonian dalam kepelbagaian, memperkukuh hubungan antara rakyat tanpa mengira latar belakang, sesuai dengan aspirasi Malaysia Madani yang progresif dan mampan.      #KementerianSumberManusia #MalaysiaMADANI #KESUMA #MADANIBekerja #CNYKESUMAXHRDCorp2025
Tweet media one
Tweet media two
Tweet media three
Tweet media four
0
4
2
@mykesuma
Kem. Sumber Manusia
20 hours
🎊 HARI TERAKHIR RERUAI KESUMA DI HARI TERBUKA PUTRAJAYA 🎊 4 hari yang penuh dengan kemeriahan dan pengalaman berharga di reruai KESUMA akhirnya melabuhkan tirai. Dari hari pertama hingga ke hari terakhir, sambutan yang kami terima memang luar biasa 🔥 Terima kasih kepada setiap seorang yang singgah, bertanya, mencuba aktiviti, dan sentisa memeriahkan reruai KESUMA dengan pelbagai aktiviti yang kami anjurkan 💙 Jumpa lagi di program seterusnya 😆 Buat followers baru mykesuma, Jangan lupa ‘Turn On, Notifications’ untuk lebih banyak info bermanfaat daripada kami ✨ #ReruaiKESUMA #HariTerbukaPutrajaya2025 #PameranPOD #KESUMA #KitaJagaPekerja #MalaysiaMADANI
Tweet media one
Tweet media two
Tweet media three
Tweet media four
0
0
1
@mykesuma
Kem. Sumber Manusia
2 days
🔥 Hari Ketiga di Reruai KESUMA 🔥 Hari ni memang luar biasa! Terima kasih kepada semua pengunjung yang singgah, sertai aktiviti, dan meriahkan reruai KESUMA. Semangat anda memang padu💥 Lebih istimewa, reruai KESUMA berjaya membawa pulang hadiah saguhati dalam Pertandingan Reruai🏆👏 Terima kasih atas sokongan anda semua! 📢 ESOK HARI TERAKHIR! Jangan lepaskan peluang terakhir untuk datang dan terokai pelbagai aktiviti menarik serta info bermanfaat mengenai kemahiran, keselamatan, dan kebajikan pekerja. Kalau belum singgah, esoklah masanya! 💡 #ReruaiKESUMA #PameranPOD #HariTerbukaPutrajaya2025 #KESUMA #MalaysiaMADANI
Tweet media one
Tweet media two
Tweet media three
Tweet media four
0
33
3
@mykesuma
Kem. Sumber Manusia
2 days
✨ INISIATIF KESUMA MADANI SEMPENA HARI THAIPUSAM 2025 ✨ 📍 Lokasi: 🔹 Batu Caves, Kuala Lumpur 🔹 Kuil Arulmigu Balathandayuthapani, Pulau Pinang 📅 Tarikh: Selasa, 11 Februari 2025 ⏰ Masa: 6:00 pagi - 6:00 petang Kementerian Sumber Manusia melalui inisiatif KESUMA MADANI akan berada di dua lokasi utama sempena sambutan Hari Thaipusam! Pelbagai kemudahan dan program bermanfaat disediakan untuk para pengunjung, antaranya: ✅ Ruang Rehat Khas ✅ Sukarelawan Wira KESUMA ✅ Saringan Kesihatan ✅ Bilik Penyusuan ✅ Pendaftaran Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) ✅ Khidmat Nasihat Peluang Pekerjaan ✅ Promosi Latihan Keselamatan ✅ Program Pembangunan Kemahiran ✅ Makanan & Minuman Percuma Jangan lepaskan peluang untuk menikmati perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan! Kami mengalu-alukan kehadiran anda bagi memeriahkan lagi sambutan Thaipusam ini. 🤗✨ 📲 Ikuti kami di mykesuma untuk maklumat lanjut! #KESUMAMADANI #HariThaipusam2025 #KementerianSumberManusia #MalaysiaMADANIHormat
Tweet media one
0
32
6
@mykesuma
Kem. Sumber Manusia
2 days
Jangan lupa dengarkan 𝑩𝑬𝑹𝑵𝑨𝑴𝑨 𝑹𝒂𝒅𝒊𝒐 𝒃𝒂𝒈𝒊 𝑺𝒍𝒐𝒕 𝑭𝒐𝒌𝒖𝒔 𝑲𝒂𝒓𝒊𝒆𝒓 bersama 𝑬𝒏𝒄𝒊𝒌 𝑪𝒉𝒆 𝑹𝒂𝒉𝒊𝒎 𝑩𝒊𝒏 𝑫𝒂𝒖𝒅, Pengarah Bahagian Modal Insan, Kementerian Ekonomi yang bertajuk 𝑷𝒆𝒍𝒂𝒌𝒔𝒂𝒏𝒂𝒂𝒏 𝑷𝒆𝒏𝒖𝒉 𝑫𝒂𝒔𝒂𝒓 𝑮𝒂𝒋𝒊 𝑷𝒓𝒐𝒈𝒓𝒆𝒔𝒊𝒇 pada: 🗓️ Tarikh : 10 Februari 2025 (Isnin) 🕒 Masa : 5.30 petang 📺 Saluran: BERNAMA Radio, MYTV Saluran 711 #KementerianSumberManusia #KESUMA #MalaysiaMADANI #FokusKarier #PerintahGajiMinimum #MalaysiaMADANIKeyakinan
Tweet media one
0
0
2
@mykesuma
Kem. Sumber Manusia
2 days
KESUMA & PERKESO RAIKAN SAMBUTAN TAHUN BAHARU CINA 2025 DENGAN SEMANGAT MALAYSIA MADANI Bukit Mertajam, Pulau Pinang | Jumaat, 7 Februari 2025 Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) bersama PERKESO telah menganjurkan Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2025 di Dewan Chang Hua Kor Moral Uplifting Society, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Acara ini dihadiri oleh YB Steven Sim Chee Keong, Menteri Sumber Manusia, serta YAB Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang, bersama tetamu kehormat dan masyarakat setempat. Majlis dimulakan dengan persembahan tradisional seperti Acrobatic High Poles Lion dan 24 Festive Drum, melambangkan kebudayaan dan keharmonian kaum dalam semangat Malaysia Madani. Dalam ucapan perasmiannya, YB Steven Sim menegaskan komitmen KESUMA dalam menyokong kebajikan pekerja dan masyarakat, selaras dengan teras kesejahteraan dan keterangkuman Malaysia Madani. Sebagai tanda keprihatinan dan kebersamaan, majlis turut menyaksikan penyerahan sumbangan wang tunai, hamper, serta faedah PERKESO kepada penerima yang layak. Selain itu, badan-badan kebajikan sekitar Pulau Pinang turut menerima sumbangan tajaan sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan kesejahteraan sosial. Majlis diteruskan dengan jamuan makan dan persembahan kebudayaan, memperkukuh semangat perpaduan di kalangan masyarakat pelbagai kaum. Sambutan ini bukan sahaja mencerminkan warisan budaya yang kaya, tetapi juga komitmen kerajaan dalam membina negara yang inklusif, sejahtera, dan mampan. #KementerianSumberManusia #MalaysiaMADANI #KESUMA #MADANIBekerja #CNYKESUMAXPERKESO2025
Tweet media one
Tweet media two
Tweet media three
Tweet media four
0
1
2
@mykesuma
Kem. Sumber Manusia
3 days
✨Hari Kedua Pameran Hari Terbuka Putrajaya 2025✨ Hari ini, reruai KESUMA menerima kunjungan mesra daripada TKSU (Dasar dan Antarabangsa), YBhg Dato’ Hajah Norison Binti Ramli. Esok dan lusa kalau tak tahu nak pergi mana, jom lah datang ke reruai KESUMA 🤩 📍 Jumpa anda di Dataran Putrajaya 📅 Tarikh: 6-9 Februari 2025 ***psstt banyak tau info menarik yang kami nak kongsi dan yang penting hadiah kuiz kita sangat menarik 😉 #PameranPOD #HariTerbukaPutrajaya2025 #KementerianSumberManusia #KESUMA #MalaysiaMADANI
Tweet media one
Tweet media two
Tweet media three
Tweet media four
0
0
2
@mykesuma
Kem. Sumber Manusia
3 days
📢 Jemputan ke Hari 𝑲𝒆- 2 Pameran Hari Terbuka Putrajaya 2025!🎉 Jom sertai Pameran Hari Terbuka Putrajaya dan lawati reruai Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) disana! Banyak aktiviti menarik menanti anda, termasuk: ✅ Pameran Produk Inovasi dan cuba DIY Key Chain 3D printing (JTM) ✅ Pameran Alatan Higien & ARVR (JKKP) ✅ Advokasi Perburuhan (JTKSM) ✅ Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) & Institusi TVET (JPK) ✅ Demonstrasi Dron & Produk Kimpalan (JPK) ✅ Maklumat Latihan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (NIOSH) ✅ Kaunter Rundingan & Bayaran Balik PTPK 📍 Jangan lepaskan peluang ini! Dapatkan info terkini tentang kemahiran, keselamatan, dan kebajikan pekerja. 📍 Sertai kuiz kahoot dan menangi hadiah menarik! 📅 Tarikh: 6-9 Februari 2025 📍 Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang 📍 Lokasi: Dataran Putrajaya, Presint 3 Sebarkan kepada rakan-rakan dan jumpa anda di sana! 🔥 #PameranPOD #KementerianSumberManusia #KESUMA #HARITERBUKAPUTRAJAYA2025 #MalaysiaMADANI
Tweet media one
Tweet media two
Tweet media three
Tweet media four
0
0
0
@mykesuma
Kem. Sumber Manusia
4 days
✨Hari Pertama Pameran Hari Terbuka Putrajaya 2025✨ Terima kasih kepada semua pengunjung yang telah memeriahkan reruai KESUMA hari ini. Kehadiran anda amat kami hargai🙌 Hari ini, reruai KESUMA bertuah menerima lawatan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Menteri Wilayah), YB. Dr. Zaleha Mustafa bersama Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri’ Shamsul Azri Abu Bakar. Di sebelah Petang pula, reruai KESUMA meriah dengan kehadiran Datuk KSU yang sudi menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang kuiz Kahoot 📍 Jumpa anda di Dataran Putrajaya 📅 Tarikh: 6-9 Februari 2025 ***psstt banyak tau info menarik yang kami nak kongsi dan yang penting hadiah kuiz kita sangat menarik 😉 #PameranPOD #HariTerbukaPutrajaya2025 #KementerianSumberManusia #KESUMA #MalaysiaMADANI
Tweet media one
Tweet media two
Tweet media three
Tweet media four
0
2
0
@mykesuma
Kem. Sumber Manusia
4 days
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN PTPK BAGI BULAN FEBRUARI BERSAMA KSU KESUMA WTC, Kuala Lumpur | Khamis, 6 Februari 2025 Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan Februari 2025 yang dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), YBhg. Datuk Azman Bin Mohd Yusof, bertempat di WTC, Kuala Lumpur. Dalam ucapannya, YBhg. Datuk Azman menekankan kepentingan urus tadbir yang cekap, telus, dan berintegriti dalam menguruskan dana latihan kemahiran, selaras dengan teras Malaysia Madani seperti kesejahteraan, daya cipta, dan ihsan. Beliau turut menegaskan peranan PTPK dalam memperkasakan tenaga kerja Malaysia melalui program latihan kemahiran dan peningkatan kebolehpasaran tenaga kerja. Majlis ini turut menjadi platform bagi warga PTPK untuk memperkukuhkan semangat kebersamaan dan profesionalisme dalam melaksanakan tanggungjawab. Melalui komitmen berterusan, PTPK bertekad memastikan pembangunan modal insan negara terus berkembang secara mampan, inklusif, dan berdaya saing di peringkat global. #KementerianSumberManusia #MalaysiaMADANI #KESUMA #MADANIBekerja #PTPK
Tweet media one
Tweet media two
Tweet media three
Tweet media four
0
0
0
@mykesuma
Kem. Sumber Manusia
4 days
SESI BORAK SANTAI BERSAMA KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA SEMPENA PENGANJURAN KURSUS PEMANTAPAN PEGAWAI PERUNDING JPPM Mardhiyyah Hotel & Suites, Selangor | Rabu, 5 Februari 2025 Semalam, YBhg. Datuk Azman bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia berpeluang menghadiri Sesi Borak Santai Bersama Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia sempena penganjuran Kursus Pemantapan Pegawai Perunding Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM) Tahun 2025: Pengurusan dan Undang-undang. Kursus anjuran JPPM ini diadakan di Mardhiyyah Hotel & Suites yang melibatkan seramai 80 orang Pegawai Perhubungan Perusahaan seluruh Malaysia. Sesi Borak Santai Bersama KSU KESUMA ini diadakan adalah bertujuan untuk mendengar aspirasi YBhg Datuk KSU KESUMA dalam hala tuju dan sasaran yang boleh dicapai oleh Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia secara keseluruhannya. Di samping itu, sesi ini juga adalah bertujuan untuk menyediakan ruang dan platform buat para Pegawai Perhubungan Perusahaan yang hadir bertanya tentang hal-hal yang melibatkan perhubungan #KementerianSumberManusia #MalaysiaMADANI #KESUMA #MADANIBekerja #JPPM
Tweet media one
Tweet media two
Tweet media three
Tweet media four
0
1
1
@mykesuma
Kem. Sumber Manusia
4 days
📢 Jemputan ke Pameran Hari Terbuka Putrajaya 2025!🎉 Jom sertai Pameran Hari Terbuka Putrajaya dan lawati reruai Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) disana! Banyak aktiviti menarik menanti anda, termasuk: ✅ Pameran Alatan Higien & ARVR ✅ Advokasi Perburuhan (JTKSM) ✅ Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) & Institusi TVET (JPK) ✅ Demonstrasi Dron & Produk Kimpalan (JPK) ✅ Try a Skill – DIY Key Chain 3D Printing (JPK) ✅ Maklumat Latihan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (NIOSH) ✅ Kaunter Rundingan & Bayaran Balik PTPK 📍 Jangan lepaskan peluang ini! Dapatkan info terkini tentang kemahiran, keselamatan, dan kebajikan pekerja. 📍 Sertai kuiz kahoot dan menangi hadiah menarik! 📅 Tarikh: 6-9 Februari 2025 📍 Lokasi: Dataran Putrajaya, Presint 3 Sebarkan kepada rakan-rakan dan jumpa anda di sana! 🔥 #PameranPOD #KementerianSumberManusia #KESUMA #HARITERBUKAPUTRAJAYA2025 #MalaysiaMADANI
Tweet media one
Tweet media two
1
40
5
@mykesuma
Kem. Sumber Manusia
5 days
PEGAWAI DAN KAKITANGAN PEJABAT TENAGA KERJA MIRI, BINTULU DAN SIBU HULUR BANTUAN MANGSA BANJIR DI BINTULU Bintulu, Sarawak | Rabu , 5 Februari 2025 Prihatin terhadap nasib mangsa banjir, pegawai dan kakitangan Pejabat Tenaga Kerja (PTK) Miri, Bintulu, dan Sibu telah melaksanakan program gotong-royong serta penyampaian sumbangan bantuan kepada komuniti yang terjejas. Program ini berlangsung di Kemunting, Bintulu, serta sebuah rumah warga emas, dengan matlamat membantu membersihkan kawasan terjejas serta menyalurkan keperluan asas kepada mangsa. Inisiatif ini mencerminkan semangat kebersamaan dan kesejahteraan, selaras dengan teras Malaysia Madani, khususnya dalam aspek ihsan dan kesejahteraan sosial. Program ini membuktikan komitmen sektor awam dalam mendukung kebajikan rakyat dan mengukuhkan nilai kemanusiaan di saat masyarakat berdepan musibah. #KementerianSumberManusia #MalaysiaMADANI #KESUMA #SkuadIhsanMadani #WiraKESUMA #SkuadihsanMadaniWiraKESUMA #HarungiBersama
Tweet media one
Tweet media two
Tweet media three
Tweet media four
0
41
7
@mykesuma
Kem. Sumber Manusia
5 days
Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur | Rabu 5 Februari 2025 Sekitar Sesi Pertanyaan Jawab Lisan oleh YB Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato' Sri Abdul Rahman Bin Haji Mohamad di Dewan Rakyat Parlimen Malaysia, berkenaan mekanisme pelaksanaan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) untuk melindungi individu terjejas dengan kemalangan di luar pekerjaan dan sejauh manakah skim ini dapat menangani cabaran risiko berkaitan kerja dan risiko di luar waktu kerja susulan peningkatan aturan kerja anjal oleh majikan di Malaysia. #KementerianSumberManusia #MalaysiaMADANI #ParlimenMalaysia #MADANIBekerja
Tweet media one
Tweet media two
Tweet media three
Tweet media four
0
0
1
@mykesuma
Kem. Sumber Manusia
6 days
MAJLIS PENYAMPAIAN AMANAT KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA 2025 Kompleks Setia Perkasa, Putrajaya | Selasa , 4 Februari 2025 Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) hari ini mengadakan Majlis Penyampaian Amanat Ketua Setiausaha bertempat di Auditorium Aras 5, Kompleks Setia Perkasa, Putrajaya. Majlis ini bertujuan menyampaikan hala tuju strategik kementerian bagi tahun 2025 serta memperkukuhkan tatakelola dan urus tadbir yang baik bagi pengurusan kewangan Kementerian. YBhg Datuk Azman Bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha KESUMA, menekankan kepentingan pengurusan kewangan yang berhemat, cekap, dan telus bagi memastikan keberkesanan dasar kementerian. Selaras dengan prinsip Malaysia Madani, aspek akauntabiliti, ketelusan, dan kecekapan perbelanjaan perlu menjadi keutamaan di setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ).  Beliau juga menegaskan kepatuhan terhadap prosedur kewangan untuk mengelakkan ketirisan dan memastikan peruntukan digunakan secara optimum melalui bajet yang berdisiplin, pemantauan perbelanjaan, dan pelaporan kewangan yang telus.  Kementerian komited dalam memaksimumkan nilai perbelanjaan dengan pengurusan perolehan strategik, pengurangan pembaziran, serta pendigitalan kewangan bagi meningkatkan kecekapan.  Pendekatan ini menyokong tadbir urus yang berkesan dan memastikan setiap perbelanjaan memberi impak maksimum kepada pembangunan tenaga kerja serta ekonomi negara.  Majlis ini turut dihadiri oleh pegawai kanan kementerian, wakil agensi berkaitan, serta warga kerja KESUMA yang bersemangat untuk bersama-sama merealisasikan aspirasi Malaysia Madani dalam kecekapan urus tadbir kewangan. #KementerianSumberManusia #MalaysiaMADANIKeyakinan #KESUMA #MajlisAmanatKSU
Tweet media one
Tweet media two
Tweet media three
Tweet media four
0
0
1
@mykesuma
Kem. Sumber Manusia
6 days
Jangan lupa saksikan 𝑩𝒊𝒄𝒂𝒓𝒂 𝑵𝒂𝒓𝒂𝒕𝒊𝒇 di RTM (tv1) bersama 𝑻𝒖𝒂𝒏 𝑯𝒂𝒋𝒊 𝒀𝒖𝒔𝒐𝒇𝒇 𝑩𝒊𝒏 𝑯𝒂𝒓𝒖𝒏, Setiausaha Majlis Perundingan Gaji Negara, yang bertajuk 𝑷𝒆𝒓𝒔𝒆𝒑𝒔𝒊 𝑷𝒆𝒌𝒆𝒓𝒋𝒂 𝑽𝑺 𝑴𝒂𝒋𝒊𝒌𝒂𝒏 pada malam ini. 🗓️ Tarikh : 4 Februari 2025 (Selasa) 🕒 Masa : 9.00 malam - 10.00 malam 📺 Saluran: TV1, Live Streaming (Berita RTM), MYTV, RTM KLIK #KementerianSumberManusia #KESUMA #MalaysiaMADANI #BicaraNaratif #PerintahGajiMinimum #MalaysiaMADANIKeyakinan
Tweet media one
0
0
0
@mykesuma
Kem. Sumber Manusia
7 days
👶 Cuti Bersalin 98 Hari untuk Pekerja Wanita! Tahukah anda? Pekerja wanita yang bersalin pada atau selepas 1 Januari 2023 layak mendapat 98 hari cuti bersalin di bawah Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022), sekiranya memenuhi syarat yang ditetapkan. Hak anda, lindungi kesejahteraan anda! 💙 Maklumat lanjut boleh didapati di Portal Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM). 🔗https: #InfoPerburuhan #HakPekerja #KESUMA #IsuPerburuhan #kementeriansumbermanusia #MalaysiaMADANI #CutiBersalin98Hari
Tweet media one
0
50
9