![Kem. Sumber Manusia Profile](https://pbs.twimg.com/profile_images/1661337652833165322/T_QcxZfC_x96.jpg)
Kem. Sumber Manusia
@mykesuma
Followers
58K
Following
2K
Statuses
16K
Kementerian Sumber Manusia / Ministry of Human Resources Malaysia
Putrajaya
Joined November 2009
MAJLIS PENUTUPAN PERTANDINGAN KREATIVITI DAN INOVASI (CITEC), JTM 2025 ADTEC Jerantut, Pahang | Khamis, 13 Februari 2025 Karnival Teknologi dan Kreativiti (CITEC) 2025 berlangsung meriah di ADTEC Jerantut selama dua hari dengan pelbagai aktiviti yang menggalakkan inovasi serta keusahawanan belia. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM) dengan sokongan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), selaras dengan teras Malaysia Madani, khususnya dalam aspek KESEJAHTERAAN, KEMAMPANAN dan DAYA CIPTA. Sepanjang karnival, pelbagai aktiviti menarik dianjurkan seperti pertandingan kreativiti dan inovasi, pameran teknologi, servis motosikal percuma, pemeriksaan gigi, jualan Agro Madani, serta permainan interaktif seperti memanah dan berkuda. Selain itu, pertandingan E-Sukan dan sukan TVET turut mendapat sambutan hangat daripada peserta dan pengunjung. Majlis penutupan telah disempurnakan oleh YB Timbalan Menteri Sumber Manusia yang menekankan kepentingan inovasi dalam melahirkan tenaga kerja berdaya saing. Beliau juga merasmikan gimik penutupan CITEC 2025 serta menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan kreativiti dan inovasi. Melalui program ini, JTM bukan sahaja memupuk bakat dalam bidang teknologi dan kreativiti, tetapi turut memperkukuhkan jaringan strategik dengan pelbagai industri. Usaha ini mencerminkan komitmen kerajaan dalam memperkasa pembangunan modal insan dan keusahawanan, seiring dengan visi Malaysia Madani yang menitikberatkan pembangunan holistik dan inklusif. #KementerianSumberManusia
#MalaysiaMADANI
#KESUMA
#MADANIBekerja
#CITEC2025
#JTM
0
0
1
MAJLIS PELANCARAN KEMPEN PROMOSI BAYARAN BALIK PTPK 2025 DAN MAJLIS CABUTAN BERTUAH MEGA 2024 WTC, Kuala Lumpur | Khamis, 13 Februari 2025 Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) hari ini melancarkan Kempen Promosi Bayaran Balik PTPK Tahun 2025 dalam sebuah majlis rasmi yang berlangsung di Dewan Tun Dr. Ismail, WTCKL. Majlis ini turut disertai dengan Cabutan Bertuah Mega Tahun 2024, sebagai penghargaan kepada peminjam yang komited dalam pembayaran balik pinjaman mereka. Majlis ini disempurnakan oleh YB Encik Steven Sim Chee Keong, Menteri Sumber Manusia, yang dalam ucapannya menekankan kepentingan tanggungjawab social dalam memastikan dana PTPK terus berdaya maju untuk generasi akan datang. Pelancaran ini turut dihadiri oleh pemimpin utama Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), termasuk Ketua Setiausaha KESUMA, YBhg. Datuk Azman Bin Mohd Yusof, serta Pengerusi Lembaga Pengarah PTPK, YB Ir. Ts. Zahir bin Hassan. Kempen ini mencerminkan teras Malaysia Madani seperti KESEJAHTERAAN dan KEMAMPANAN, dengan memberi peluang kepada rakyat untuk mengakses pendidikan dan latihan kemahiran secara lestari. Melalui usaha ini, PTPK berhasrat untuk meningkatkan kadar pembayaran balik pinjaman, sekali gus memastikan lebih ramai individu dapat menikmati manfaat latihan kemahiran di masa hadapan. #KementerianSumberManusia
#MalaysiaMADANI
#KESUMA
#MADANIBekerja
#PROMOSIBAYARANBALIKPTPK2025
#PTPK
0
12
1
๐ข HEBAHAN JERAYAWARA DASAR GAJI PROGRESIF 2025 ๐ข Ayuh bersama-sama kita jayakan Dasar Gaji Progresif (DGP) untuk masa depan yang lebih positif! ๐๐ผ Jadilah sebahagian daripada inisiatif penting ini dengan menyertai sesi jerayawara di lokasi berhampiran anda! ๐ข๐ ๐ Tarikh & Lokasi ๐
16 FEB - KEDAH (Hotel Grand Alora, Alor Setar) ๐
18 FEB - TERENGGANU (Hotel Permai, Kuala Terengganu) ๐
19 FEB - PUTRAJAYA ๐
20 FEB - KUCHING & SANDAKAN ๐
21 FEB - PAHANG ๐
24 FEB - KUALA LUMPUR & TAWAU ๐
25 FEB - SELANGOR & PULAU PINANG ๐
26 FEB - NEGERI SEMBILAN & MELAKA ๐
27 FEB - JOHOR & KOTA KINABALU ๐
28 FEB - PERAK ๐
13 MAC - PERLIS ๐
20 MAC - KELANTAN ๐
10 APR - SIBU ๐
15 APR - LABUAN ๐
16 APR - MIRI ๐ Daftar sekarang: ๐ [ ๐ Gaji Progresif, Masa Depan Positif! ๐โจ #DasarGajiProgresif #JerayawaraDGP2025 #MalaysiaMADANI #GajiProgresif
0
32
5
๐ข KARNIVAL TEKNOLOGI DAN KREATIVITI JTM SEMPENA CITEC 2025 ๐ข ๐ Jom sertai Karnival Teknologi dan Kreativiti JTM yang akan berlangsung di ADTEC Jerantut, Pahang dari 12 hingga 13 Februari 2025! ๐ก Pelbagai aktiviti menarik menanti anda, antaranya: โ
Hari Terbuka TVET โ
Jualan Rahmah โ
Karnival Kerjaya โ
Food Truck & Pemeriksaan Gigi Percuma โ
Pertandingan Inovasi, E-Sukan, Memasak & Sukan TVET โ
Sopa Dupa, Joy Ride & Berkuda, Memanah & Giant Bubble โ
Dan banyak lagi aktiviti menarik untuk anda sertai! Jangan lepaskan peluang untuk sertai dan alami sendiri keunikan dunia TVET! Orang ramai DIJEMPUT HADIR! ๐ Lokasi: ADTEC Jerantut, Pahang ๐
Tarikh: 12-13 Februari 2025 #KementerianSumberManusia #KESUMA #MalaysiaMADANI #CITEC2025 #KarnivalTeknologiKreativitiJTM #JomTVET #JTM
0
30
3
PROGRAM KESUMA MADANI BERSAMA KOMUNITI INDIA SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN THAIPUSAM 2025 George Town, Penang | Selasa, 11 Februari 2025 Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) telah menganjurkan Program Wira KESUMA sempena sambutan Thaipusam di Kuil Arulmigu Balathandayuthapani, Pulau Pinang, sebagai usaha memperkukuh perpaduan dan keharmonian antara kaum selaras dengan prinsip Malaysia Madani. Program ini dimulakan dengan kehadiran tetamu di reruai KESUMA, diikuti dengan perjalanan sejauh 30 minit ke lokasi utama, simbolik kepada semangat ketahanan dan pengorbanan dalam perayaan Thaipusam. Peserta kemudiannya berarak ke Kuil Vinayagar untuk upacara keagamaan, mencerminkan penghormatan terhadap kepelbagaian budaya dan kepercayaan dalam masyarakat Malaysia. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Menteri Pulau Pinang, yang bersama-sama menyertai upacara Thaipusam di reruai KESUMA. Selain itu, lawatan ke reruai USM dan sesi ramah mesra antara peserta mengukuhkan ikatan silaturahim dan kebersamaan dalam kalangan masyarakat. Inisiatif ini bukan sahaja mencerminkan komitmen KESUMA dalam memperkukuh hubungan masyarakat, tetapi juga melambangkan kesepaduan dalam kepelbagaian, selaras dengan aspirasi Malaysia Madani yang mengutamakan keharmonian, kesejahteraan, dan inklusiviti. #KementerianSumberManusia
#MalaysiaMADANIHormat
#KESUMA
#MADANIBekerja
#WIRAKESUMATHAIPUSAM2025
0
0
1
โจ Selamat Menyambut Hari Thaipusamm โจ Kami di Kementerian Sumber Manusia ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Thaipusam kepada semua penganut Hindu yang meraikannya. Semoga perayaan ini membawa kebahagiaan, kesejahteraan, dan keharmonian buat kita semua. Ikhlas daripada, Pengurusan Tertinggi dan warga KESUMA #KementerianSumberManusia #KESUMA #Thaipusam2025 #KESUMAMADANI #MalaysiaMADANI #Hormat
0
0
1
KESUMA & HRD CORP MERIAHKAN RUMAH TERBUKA TAHUN BAHARU CINA 2025 SJK(C) Sin Ming, Puchong | Ahad, 9 Februari 2025ย ย Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) bersama Human Resource Development Corporation (HRD Corp) telah menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2025 di Dewan Serbaguna Lembaga Pengelola SJK(C) Sin Ming, Puchong.ย Majlis yang berlangsung dengan penuh semangat perpaduan ini dihadiri oleh YB Steven Sim Chee Keong, Menteri Sumber Manusia, bersama tetamu jemputan dan masyarakat setempat. Sambutan dimulakan dengan persembahan tarian singa yang melambangkan tuah dan kesejahteraan.ย Dalam ucapannya, YB Steven Sim menegaskan kepentingan keterangkuman dan kebersamaan dalam membangun negara, selaras dengan prinsip Malaysia Madani. Beliau turut berinteraksi dengan pengunjung dalam sesi ramah mesra, mencerminkan nilai hormat dan kesejahteraan sosial.ย Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Negeri Selangor, ikrar Rukun Negara, serta upacara โLou Sangโ, simbolik kepada harapan baru dan rezeki yang melimpah. Para tetamu turut menikmati jamuan makan yang menampilkan pelbagai hidangan tradisional, menggambarkan kekayaan budaya Malaysia.ย Skuad HRD Corp Care turut menyalurkan sumbangan kepada 20 rumah kebajikan, persatuan dan rumah ibadat, termasuk Pertubuhan Pembangunan Insan dan Kemasyarakatan Anak Selangor, Persatuan Perayaan Poh Toh SS2, Persatuan Tindakan Sosial Selangor, Surau Ukasyah Bandar Kinrara dan lain-lain. Rumah terbuka ini bukan sekadar perayaan, tetapi juga manifestasi keharmonian dalam kepelbagaian, memperkukuh hubungan antara rakyat tanpa mengira latar belakang, sesuai dengan aspirasi Malaysia Madani yang progresif dan mampan.ย ย ย ย ย #KementerianSumberManusia
#MalaysiaMADANI
#KESUMA
#MADANIBekerja
#CNYKESUMAXHRDCorp2025
0
4
2
๐ HARI TERAKHIR RERUAI KESUMA DI HARI TERBUKA PUTRAJAYA ๐ 4 hari yang penuh dengan kemeriahan dan pengalaman berharga di reruai KESUMA akhirnya melabuhkan tirai. Dari hari pertama hingga ke hari terakhir, sambutan yang kami terima memang luar biasa ๐ฅ Terima kasih kepada setiap seorang yang singgah, bertanya, mencuba aktiviti, dan sentisa memeriahkan reruai KESUMA dengan pelbagai aktiviti yang kami anjurkan ๐ Jumpa lagi di program seterusnya ๐ Buat followers baru mykesuma, Jangan lupa โTurn On, Notificationsโ untuk lebih banyak info bermanfaat daripada kami โจ #ReruaiKESUMA #HariTerbukaPutrajaya2025 #PameranPOD #KESUMA #KitaJagaPekerja #MalaysiaMADANI
0
0
1
๐ฅ Hari Ketiga di Reruai KESUMA ๐ฅ Hari ni memang luar biasa! Terima kasih kepada semua pengunjung yang singgah, sertai aktiviti, dan meriahkan reruai KESUMA. Semangat anda memang padu๐ฅ Lebih istimewa, reruai KESUMA berjaya membawa pulang hadiah saguhati dalam Pertandingan Reruai๐๐ Terima kasih atas sokongan anda semua! ๐ข ESOK HARI TERAKHIR! Jangan lepaskan peluang terakhir untuk datang dan terokai pelbagai aktiviti menarik serta info bermanfaat mengenai kemahiran, keselamatan, dan kebajikan pekerja. Kalau belum singgah, esoklah masanya! ๐ก #ReruaiKESUMA #PameranPOD #HariTerbukaPutrajaya2025 #KESUMA #MalaysiaMADANI
0
41
4
โจ INISIATIF KESUMA MADANI SEMPENA HARI THAIPUSAM 2025 โจ ๐ Lokasi: ๐น Batu Caves, Kuala Lumpur ๐น Kuil Arulmigu Balathandayuthapani, Pulau Pinang ๐
Tarikh: Selasa, 11 Februari 2025 โฐ Masa: 6:00 pagi - 6:00 petang Kementerian Sumber Manusia melalui inisiatif KESUMA MADANI akan berada di dua lokasi utama sempena sambutan Hari Thaipusam! Pelbagai kemudahan dan program bermanfaat disediakan untuk para pengunjung, antaranya: โ
Ruang Rehat Khas โ
Sukarelawan Wira KESUMA โ
Saringan Kesihatan โ
Bilik Penyusuan โ
Pendaftaran Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) โ
Khidmat Nasihat Peluang Pekerjaan โ
Promosi Latihan Keselamatan โ
Program Pembangunan Kemahiran โ
Makanan & Minuman Percuma Jangan lepaskan peluang untuk menikmati perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan! Kami mengalu-alukan kehadiran anda bagi memeriahkan lagi sambutan Thaipusam ini. ๐คโจ ๐ฒ Ikuti kami di mykesuma untuk maklumat lanjut! #KESUMAMADANI #HariThaipusam2025 #KementerianSumberManusia #MalaysiaMADANIHormat
1
40
7
Jangan lupa dengarkan ๐ฉ๐ฌ๐น๐ต๐จ๐ด๐จ ๐น๐๐
๐๐ ๐๐๐๐ ๐บ๐๐๐ ๐ญ๐๐๐๐ ๐ฒ๐๐๐๐๐ bersama ๐ฌ๐๐๐๐ ๐ช๐๐ ๐น๐๐๐๐ ๐ฉ๐๐ ๐ซ๐๐๐
, Pengarah Bahagian Modal Insan, Kementerian Ekonomi yang bertajuk ๐ท๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ท๐๐๐๐ ๐ซ๐๐๐๐ ๐ฎ๐๐๐ ๐ท๐๐๐๐๐๐๐๐ pada: ๐๏ธ Tarikh : 10 Februari 2025 (Isnin) ๐ Masa : 5.30 petang ๐บ Saluran: BERNAMA Radio, MYTV Saluran 711 #KementerianSumberManusia
#KESUMA
#MalaysiaMADANI
#FokusKarier
#PerintahGajiMinimum
#MalaysiaMADANIKeyakinan
0
0
2
KESUMA & PERKESO RAIKAN SAMBUTAN TAHUN BAHARU CINA 2025 DENGAN SEMANGAT MALAYSIA MADANI Bukit Mertajam, Pulau Pinang | Jumaat, 7 Februari 2025 Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) bersama PERKESO telah menganjurkan Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2025 di Dewan Chang Hua Kor Moral Uplifting Society, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Acara ini dihadiri oleh YB Steven Sim Chee Keong, Menteri Sumber Manusia, serta YAB Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang, bersama tetamu kehormat dan masyarakat setempat. Majlis dimulakan dengan persembahan tradisional seperti Acrobatic High Poles Lion dan 24 Festive Drum, melambangkan kebudayaan dan keharmonian kaum dalam semangat Malaysia Madani. Dalam ucapan perasmiannya, YB Steven Sim menegaskan komitmen KESUMA dalam menyokong kebajikan pekerja dan masyarakat, selaras dengan teras kesejahteraan dan keterangkuman Malaysia Madani. Sebagai tanda keprihatinan dan kebersamaan, majlis turut menyaksikan penyerahan sumbangan wang tunai, hamper, serta faedah PERKESO kepada penerima yang layak. Selain itu, badan-badan kebajikan sekitar Pulau Pinang turut menerima sumbangan tajaan sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan kesejahteraan sosial. Majlis diteruskan dengan jamuan makan dan persembahan kebudayaan, memperkukuh semangat perpaduan di kalangan masyarakat pelbagai kaum. Sambutan ini bukan sahaja mencerminkan warisan budaya yang kaya, tetapi juga komitmen kerajaan dalam membina negara yang inklusif, sejahtera, dan mampan. #KementerianSumberManusia
#MalaysiaMADANI
#KESUMA
#MADANIBekerja
#CNYKESUMAXPERKESO2025
0
1
2
โจHari Kedua Pameran Hari Terbuka Putrajaya 2025โจ Hari ini, reruai KESUMA menerima kunjungan mesra daripada TKSU (Dasar dan Antarabangsa), YBhg Datoโ Hajah Norison Binti Ramli. Esok dan lusa kalau tak tahu nak pergi mana, jom lah datang ke reruai KESUMA ๐คฉ ๐ Jumpa anda di Dataran Putrajaya ๐
Tarikh: 6-9 Februari 2025 ***psstt banyak tau info menarik yang kami nak kongsi dan yang penting hadiah kuiz kita sangat menarik ๐ #PameranPOD #HariTerbukaPutrajaya2025 #KementerianSumberManusia #KESUMA #MalaysiaMADANI
0
0
2
๐ข Jemputan ke Hari ๐ฒ๐- 2 Pameran Hari Terbuka Putrajaya 2025!๐ Jom sertai Pameran Hari Terbuka Putrajaya dan lawati reruai Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) disana! Banyak aktiviti menarik menanti anda, termasuk: โ
Pameran Produk Inovasi dan cuba DIY Key Chain 3D printing (JTM) โ
Pameran Alatan Higien & ARVR (JKKP) โ
Advokasi Perburuhan (JTKSM) โ
Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) & Institusi TVET (JPK) โ
Demonstrasi Dron & Produk Kimpalan (JPK) โ
Maklumat Latihan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (NIOSH) โ
Kaunter Rundingan & Bayaran Balik PTPK ๐ Jangan lepaskan peluang ini! Dapatkan info terkini tentang kemahiran, keselamatan, dan kebajikan pekerja. ๐ Sertai kuiz kahoot dan menangi hadiah menarik! ๐
Tarikh: 6-9 Februari 2025 ๐ Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang ๐ Lokasi: Dataran Putrajaya, Presint 3 Sebarkan kepada rakan-rakan dan jumpa anda di sana! ๐ฅ #PameranPOD #KementerianSumberManusia #KESUMA #HARITERBUKAPUTRAJAYA2025 #MalaysiaMADANI
0
0
0
โจHari Pertama Pameran Hari Terbuka Putrajaya 2025โจ Terima kasih kepada semua pengunjung yang telah memeriahkan reruai KESUMA hari ini. Kehadiran anda amat kami hargai๐ Hari ini, reruai KESUMA bertuah menerima lawatan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Menteri Wilayah), YB. Dr. Zaleha Mustafa bersama Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sriโ Shamsul Azri Abu Bakar. Di sebelah Petang pula, reruai KESUMA meriah dengan kehadiran Datuk KSU yang sudi menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang kuiz Kahoot ๐ Jumpa anda di Dataran Putrajaya ๐
Tarikh: 6-9 Februari 2025 ***psstt banyak tau info menarik yang kami nak kongsi dan yang penting hadiah kuiz kita sangat menarik ๐ #PameranPOD #HariTerbukaPutrajaya2025 #KementerianSumberManusia #KESUMA #MalaysiaMADANI
0
2
0
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN PTPK BAGI BULAN FEBRUARI BERSAMA KSU KESUMA WTC, Kuala Lumpur | Khamis, 6 Februari 2025 Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan Februari 2025 yang dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), YBhg. Datuk Azman Bin Mohd Yusof, bertempat di WTC, Kuala Lumpur. Dalam ucapannya, YBhg. Datuk Azman menekankan kepentingan urus tadbir yang cekap, telus, dan berintegriti dalam menguruskan dana latihan kemahiran, selaras dengan teras Malaysia Madani seperti kesejahteraan, daya cipta, dan ihsan. Beliau turut menegaskan peranan PTPK dalam memperkasakan tenaga kerja Malaysia melalui program latihan kemahiran dan peningkatan kebolehpasaran tenaga kerja. Majlis ini turut menjadi platform bagi warga PTPK untuk memperkukuhkan semangat kebersamaan dan profesionalisme dalam melaksanakan tanggungjawab. Melalui komitmen berterusan, PTPK bertekad memastikan pembangunan modal insan negara terus berkembang secara mampan, inklusif, dan berdaya saing di peringkat global. #KementerianSumberManusia
#MalaysiaMADANI
#KESUMA
#MADANIBekerja
#PTPK
0
0
0
SESI BORAK SANTAI BERSAMA KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA SEMPENA PENGANJURAN KURSUS PEMANTAPAN PEGAWAI PERUNDING JPPM Mardhiyyah Hotel & Suites, Selangor | Rabu, 5 Februari 2025 Semalam, YBhg. Datuk Azman bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia berpeluang menghadiri Sesi Borak Santai Bersama Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia sempena penganjuran Kursus Pemantapan Pegawai Perunding Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM) Tahun 2025: Pengurusan dan Undang-undang. Kursus anjuran JPPM ini diadakan di Mardhiyyah Hotel & Suites yang melibatkan seramai 80 orang Pegawai Perhubungan Perusahaan seluruh Malaysia. Sesi Borak Santai Bersama KSU KESUMA ini diadakan adalah bertujuan untuk mendengar aspirasi YBhg Datuk KSU KESUMA dalam hala tuju dan sasaran yang boleh dicapai oleh Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia secara keseluruhannya. Di samping itu, sesi ini juga adalah bertujuan untuk menyediakan ruang dan platform buat para Pegawai Perhubungan Perusahaan yang hadir bertanya tentang hal-hal yang melibatkan perhubungan #KementerianSumberManusia
#MalaysiaMADANI
#KESUMA
#MADANIBekerja
#JPPM
0
1
1